CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Al-Insyiraah/As-Syarh/Alam Nasyrah



Dua hari lepas, sambil menemankan kakak ke rumah kawannya di BS3, saya ambil peluang untuk bertemu dengan seorang sahabat yang memang dah lama teringin nak jumpa. Bila dah jumpa tu, maka banyaklah kisah2 kehidupan yang kami sempat bualkan. Beliau termasuk antara sahabat yang saya kagumi. Cekal orangnya setelah menempuh beberapa pengalaman yang agak sukar sebelum ini. Alhamdulillah, sehingga kini beliau tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Ujian yang pada saya bukan semua orang mampu hadapi... ohh

Berkat pertemuan kami itu, saya kemudiannya jadi begitu bersemangat untuk balik membelek Musyaf Tajwid untuk melihat Surah Al-Insyiraah. Surah ini rupa-rupanya sentiasa menjadi amalan beliau setiap hari. Kata beliau, InsyaAllah akan murah rezeki, hidup pun akan tenang dan bahagia...aminnn

Saya sendiri sebenarnya ingat2 lupa bacaan surah ini. Dulu lancar, agaknya sebab tak bawak dalam solat, Allah dah tarik balik, jadi tak lancar dan tertukar2 tempat ayat-ayatnya. Masa memandu pulang tu, duk cuba ulang2 baca, tapi masih tertukar2 tempat.

Itu yang tak sabar2 balik untuk kembali hafal Surah Alam Nasyrah sebab memang tahu banyak fadhilatnya. Ingat lagi, dulu ustaz pernah sarankan (sila klik di SINI) iaitu jika kita bacakan surah ini misalnya pada anak2 yang tak berapa mendengar kata, InsyaAllah akan mudah lembut hatinya. Kata ustaz lagi, bermanafaat juga jika sekiranya kita sering2 baca surah ini buat suami kita, InsyaAllah kasih-sayang akan sentiasa mewangi...
aminn





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


12 comments:

Mak Su said...

thanks fzi :)

fzi said...

Sama-sama Mak Su... :D

10 said...

kak fzi... kalo kita baca kat anak/suami, lepas tu kena hembus kat mana2 x?

ada juga dgr ceramah agama bgtau kena hembus pada telinga/ bubun kepala tapi x ingat la surah apa...

fzi said...

10...
lepas baca soalan 10 tu akak terus cari dalam lemari kat side-bar, langsung jumpa pasal ni yang penah akak citer dalam n3 tajuk Mencari Redha Allah di label Tazkirah.

Akak kopipeskan dekat sikit tips yang ditulis hari tu...

Untuk memulihkan anak2 supaya baik kelakuannya, atau untuk memulihkan suami yang beralih arah cuba amalkan membaca: Surah Alam Nasyrah. Niat apa yang kita maksudkan kemudian tiup di telinga masa anak/suami tidur. Cuba 7 malam berturut2. InsyaAllah berhasil dengan izin Allah…….Wallahu’alam.

INTAN RH said...

salam kak fzi, info yg sgt berguna. thanx.

:)

sot said...

Alhamdulillah ilmu yg bermanafaat. Selamat beramal.

fzi said...

Wsalam intan...
Alhamdulillah...sama2 kita mendapat manafaat.. :)

fzi said...

Pa,
Mudah-mudahan... sampai2kan apa yang baik InsyaAllah

anis said...

salam kakfzi. sy mmg suka surah ai insyiraah ini. terima kasih atas ilmu yang dikongsikan.:))

fzi said...

Wsalam anis...
Sama2... :)
Alhamdulillah sama2 kita amalkan apa yang baik..InsyaAllah bukan takat kita percaya tetapi harus YAKIN janji Allah adalah benar... bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan...aminn

kakteh said...

Assalamualaikum. Nice blog. Lepas ni silalah ke blog akak ye,ambik award. Tq.

fzi said...

Wsalam kakteh...
Timakasih, nnt saya ke sana ambik... :)