CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Doa Sesudah Berwudhuk

Dalam perjalanan balik dari Kuala Kubu Bharu satu hari tu, saya dan suami singgah solat Zohor di Masjid As-Salam.  Ada sesuatu yang menarik perhatian semasa sedang menunggu suami di kereta. Masa berpaling ke arah tempat wudhuk, terpandang lah beberapa orang murid sekolah KAFA Integrasi sedang berwudhuk.

Dari apa yang dilihat, nampak begitu sempurna sekali mereka berwudhuk.  Bukak air paip pun kecik je.  Ratakan air pada anggota wudhu' pun nampak sempurna je.  Takde terburu-buru.

Alhamdulillah, budak2 memang mudah belajar.  Bila dapat ilmu terus dipraktikkan dalam amalan harian.  Suka saya tengok.  Habis je berwudhuk, semua berpusing mengadap kiblat lalu angkat tangan berdoa.  Ohh mereka tak lupa untuk menyempurnakan wudhu dengan baca doa sesudah wudhuk... 

Syukurlah, nilai2 murni di kalangan anak2 masih jelas terkawal walaupun sekarang ini macam2 pengaruh yang tidak sihat sedang berleluasa dari banyak sumber.  Moga anak2 kita semua terus diberi kekuatan dan ketetapan hati oleh Allah Taala walau berdepan dengan pelbagai cabaran semasa....aminnn
Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w , sabdanya:
"Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu' lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu'nya, kemudian mengucapkan: "Asyhadu alla ilaha illallah wah dahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh", melainkan di bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya." (Riwayat Muslim)


Doa Sesudah Wudhu'


Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya:
 
“Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada 
yang menyekutukan bagi-Nya. 
Dan aku bersaksi bahwa 
nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. 
Ya Allah, jadikanlah aku orang yang ahli taubat 
dan jadikanlah aku orang yang suci 
dan jadikanlah aku 
dari golongan orang-orang yang saleh.”







link:

6 comments:

sot said...

Alhamdulillah, kadang kita lupa untuk mengambil wudhuk dgn sempurna dan berdoa selepas mengambil wudhuk. Mulai hari ini marilah kita sama2 peka kerana mengambil wudhuk yg sempurna adalah faktor penting untuk mencapai solat yg khusyuk. Setiap doa itu kalau kita teliti maknanya begitu indah sebenarnya. Sangat benarlah bahawa doa itu senjata seorang muslim dan sangat disukai Allah. Tinggalkan lah tabiat mengambil wudhuk yg express dan cowboy. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amiin.

atuk said...

Assalamualaikum Fzi

Wuduk antara penentu sahnya solat

Wassalam

fzi said...

Betul tu pa... sempurna solat bermula dari kesempurnaan wudhuk... teringat mama dulu ikut kelas feqah Ustaz Wan, belajar agak detail pasal kesempurnaan wudhuk... alhamdulillah... :)
Orite sama2 kita cuba capai wudhuk yang sempurna, jangan 'express rakyat' time berwudhuk.. pastu make sure jangan terlupa baca doa wudhuk :)

fzi said...

Wsalam tuan Rozali...
Benar... bila sempurna wudhuk, InsyaAllah akan membantu Solat kita agar jadi lebih sempurna. Kita sendiri yang dapat ukur sejauh mana tumpuan kita dan rasa kusyuk kita dalam Solat... Kadang kita tertanya2 mengapa la Allah tak makbulkan doa kita, atau pun lambat memakbulkan... tapi bila dibuat check-list rupa2nya salah-satu sebabnya, kita ambil wudhuk pun express rakyat, kita solat pun tak berapa kusyuk, kita berdoa pun tidak bersungguh2 angkat tangan dan berdoa hanya sambil lewa... tu yang buatkan hubungan kita dengan Allah tak berapa kuat... jadi sama2 kita lebihkan usaha untuk improve-kan hubungan dengan Allah Taala dari semasa ke semasa... InsyaAllah

ibuintan said...

ingatan yang bagus... kekadang terlalai juga

fzi said...

Sama la kita ibuintan... saya bukan takat kengkadang malah selalu..
InsyaAllah sama2 mengubah keadaan biar jadi lebih baik...