CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Bercerita di warung kopi

Hari Sabtu lalu, merupakan hari yang agak sibuk bagi saya dan suami. Pagi2 lagi dah keluar rumah. Selalunya hari2 minggu macam tu sering kami isi dengan aktiviti berkebun. Tapi minggu ni banyak hal yang bersangkutan anak2 nak kena settle.

Mula2 sekali pegi hantar Shilah untuk acara berbalas pantun di sekolahnya. Papa dia sempat singgah di stesen minyak dan belikannya roti krim buat alas perut pagi tu. Majlis tu tak jemput ibu-bapa, hanya penyertaan para pelajar sahaja.

Lepas selamat hantar Shilah, kami pun pusing kereta singgah ke warung nasi lemak untuk bersarapan sebelum bertolak ke Kuala Kubu Bharu. Tadi tak sempat
nak breakfast kat rumah, so 'kita minum dulu...' Nak kena pegi Kuala kubu hari tu untuk menghadiri Majlis PIBG di sekolah kakak, SAMT kkb. Yalah, kakak dah form 5 sekarang ni, rasanya agak patut lah kami pegi sempena tahun penutup kakak belajar kat sana.. :D

Sambil makan banyak le juga cerita yang dibualkan. Yalah sementara nak habiskan makanan tu, macam2 kisah timbul. Tiba-tiba saya teringat nak cerita pasal satu e-mail yang baru saya dapat sehari sebelumnya. Nak tau sama kisahnya? Camni...


> Sewaktu si mamat dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
> "Anak nak ke mana?".
> Si mamat menjawab ringkas, "KL"
> Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
> Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.
> Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
> pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"
> Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
> Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
> Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
> Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
> Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.
> Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .
> "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. .....
>
> ______________________________

______________________________________________________________________________________________
>
> hehehe.. lain kali kalau org tanya nak kaya tak? tanya dulu brand apa tau!


Hahaha... papa tergelak besar lepas dengar cerita saya...hehe... saya perasan orang kiri kanan yang makan di meja berhampiran pandang2 dekat kami. Tapi papa buat dak je malah terus tertawa. Hmm... bahagianya rasa hati dapat buat suamiku tertawa pagi tu....hehehe..


Kalimah Tayyibah

Sejak ada kitab hadis baru yang tajuknya Muntakhab Ahadith tu, suami saya nampak excited sangat nak membeleknya setiap malam. Sebenarnya dah ada banyak kitab seumpamanya dalam koleksi kami, tapi papa tertarik untuk dapatkan kitab ini disebabkan ada keterangan yang pendek disertakan bagi setiap satu hadis. Yang dah ada tu, kadang huraiannya terlalu panjang. Tu yang buat tak berapa nak konsisten untuk terus membacanya disebabkan kesuntukan masa.

Papa dah
plan nak sambung balik program kami sekeluarga untuk nak baca at-least 3 atau 4 potong hadis setiap malam sebelum semua masuk tidur. Hari tu dah komited buat tapi lama2 ada aje hal nya yang menghalang. Biasalah.. hal2 keduniaan la yang selalunya menghalangi...hehe. Contoh yang paling biasa... tarikan TV...apa lagi..

Kebetulan papa balik lambat malam kelmarin dan tak sempat nak ke surau untuk solat Isyak. Jadi selepas kami sekeluarga solat berjemaah, papa bacakan beberapa hadis untuk sama2 diambil manafaat Salah-satu daripadanya ialah...

Dari Jabir bin Abdullah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah" (HR Tarmizi)


Keterangan hadis:

Kalimah Tayyibah iaitu La ilaha illallah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan keislaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak.

Alhamdulillah
dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah swt. (Mazahir Haq)


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Berkongsi forwarded email yang diterima semalam... sedih..

**********************

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar
automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut..

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di
hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu."

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih
berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu
sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil
tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya
tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya
hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit
kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa
terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya..

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang
tu."
"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika
kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang
tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai.. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu
tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.
Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak
Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila." "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil
menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi.. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini,
panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak
ikut pergi mana pun."

"Lagi senang.. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"
Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.. Anak-anaknya pun
nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi
sarapannya.

Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh.
Susu masih penuh di cawan.. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak
pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat
anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan.. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila
pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Kita jarang menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya....


Wassalam.

Result SMA

Mama, kakak dapat Jayyid for SMA!”, kakak memberi khabar gembira melalui call semalam.

Ohh…ia ke kak? alhamdulillah… tahniah k!”, saya spontan menjawab, berbunga2 rasa hati bila mendapat khabar itu.

"Tapi tu la... tak dapat Jayyid-Jiddan la ma..", kedengaran suara kakak macam kesal.

"Hmm..tak pe la kak, dah rezeki kita takat tu..it's ok..bagi mama kakak dah terer dapat Jayyid",jawab saya cuba tenangkan hatinya.
Dulu kemarin kakak dah telefon minta doakan agar dia dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SMA(Sijil Menengah Agama yang khusus buat pelajar2 Tingkatan 4 sekolah agama) yang akan dikeluarkan semalam. Saya pun apalagi sehingga semalam(Jumaat) time teringat, masih tetap mengangkat tangan berdoa untuk kejayaannya. Alhamdulillah kakak berjaya dapat keputusan Jayyid yang merupakan keputusan tahap ke 3 selepas Mumtaz (paling baik) dan Jayyid-Jiddan(Ke 2 baik). Keputusan bagi ketiga2 tahap ini dapat melayakkan diri pelajar2 berkenaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat STAM di Tingkatan 6. Berjaya di peringkat STAM bermakna pelajar2 layak pula untuk terus menyambung pelajaran sampai ke Universiti Al-Azhar di Mesir kalau tidakpun sekurang2nya hingga ke Darul Quran yang memang menempatkan ramai bakal2 graduan Mesir.

Jauh di sudut hati saya mengharapkan agar terbuka hati kakak untuk ambik STAM. Tapi kakak nampaknya beria2 mahu fokus sampai takat SPM saja dan seterusnya mahu bergerak ke mana2 IPT (dengan izin Allah) hanya melalui keputusan SPM. Alasan yang diberi, kakak tak kuat menghafal dan rasa tak larat nak hafal kesemua 10 subjek dalam Bahasa Arab jika di peringkat STAM nanti.

Semua terpulang padamu anakku…. Mama hanya doakan yang terbaik buat kakak. Cuma pendapat mama jika kakak teruskan perjuangan menduduki STAM, akan bertambah-tambahlah lagi ilmu agama yang kakak akan ada. Peluang ini hanya datang sekali. Siapa tahu mungkin satu hari nanti kakak menyesal kerana melepaskan peluang yang pernah diberi. Masih banyak masa lagi. Fikirlah dulu. Bila sampai masanya, kakak buat lah keputusan dengan bijak. STAM adalah peringkat tertinggi buat pelajar sekolah menengah agama. Tujuannya bukan hanya untuk kita dapatkan sekeping sijil sahaja tapi yang lebih bermakna bagi mama ianya untuk kakak applykan dalam diri dalam membina jati diri yang lebih kuat. Kakak sekarang dah 17 tahun dan InsyaAllah tak lama lagi akan membina keluarga sendiri. Dengan ilmu agama yang kakak ada, InsyaAllah bersama2 dengan pasangan kelak akan mampu menerbitkan satu keluarga sakinah yang berkah lagi mulia di sisi Allah swt… Itu yang mama doakan buat semua anak2ku…. Semoga Allah makbulkan…

Hakikatnya macam tu ler...


Teringat satu entri yang saya baca beberapa hari lalu mengenai satu istilah yang saya rasa berbeza bagi persepsi setiap individu. Ianya pasal istilah kesenangan hidup. Atau dalam bahasa yang mudah fahamnya... nak hidup senang. Siapa yang yang tak mahu kan? Semua orang rasanya kalau boleh nak hidup senang-lenang.

Bagi sesetengah orang kesenangan hidup begitu kompleks definasinya. Ibaratnya kalau senang tu, kira macam pakai semua yang mewah2 je, kereta kena ada dua tiga malah kena yang impot lagi, tak main la kereta biasa2 je. Pakai barang2 mesti yang branded je dan kalau pegi cuti-cuti Malaysia pula dapat berhabis-habis banyak RM baru kira senang. Begitu juga kalau dapat sediakan pelbagai kemudahan asas yang termoden dan terkini buat keluarga pun ia juga. Pastu dapat bawak pergi ukur keluasan shopping2 kompleks dan habiskan sejumlah RM kat sana pun dikira senang juga. Dan banyak lagi le, yang tak payah nak sebut, semua tau sendiri yang benda2 tu jika semua orang hendak memang ada yang tak tercapai dek akal.

Hakikatnya bukan semua orang mampu. Bukan semua orang berjaya dalam buruan cita2 hingga berupaya mendapat pendapatan yang begitu lumayan untuk meraih semua kesenangan yang lebih-lebih tu. Dan untuk nak dapat semua yang tersebut tu, bagi yang kurang mampu samada yang makan gaji atau bekerja sendiri, maka kebanyakannya terpaksalah berhutang.

Tapi melalui luahan hati seseorang, saya tertarik hati untuk berkongsi pandangan beliau mengenai definasi kesenangan hidup baginya. Bila direnung2kan ianya memang tepat lagi pasti malah boleh membahagiakan. Baginya ia hanyalah melalui hidup secara cukup makan, pakai dan keperluan seadanya sahaja tanpa ditindih dengan pelbagai masalah hutang piutang.

Betul tu....Mungkin ada yang tidak setuju namum itulah hakikatnya. Kesenangan hidup yang hanya sebegini dapat dikecapi dengan penuh rasa happy, bahagia, tenang, tenteram dan selamat. Tidak timbul gangguan perasaan akibat dari masalah kesempitan wang yang menghimpit. Cara nak merealisasikan kesenangan itu, kenalah berbelanja ikut kemampuan. Yang timbul masalahnya bila kita berbelanja melebihi pendapatan. Contoh, mampu beli dompet yang harga RM30 saja tapi hati dah berkenan yang harga RM60. Berkenan punya pasal, kenalah ikut kata hati. Belum cukup bulan duit dah nyawa-nyawa ikan. Nak cukupkan perbelanjaan kenalah pinjam credit card. Lalu hutang bertindih-tindih dan lama2 dah tak dapat nak cover. Bila dah jadi macam tu, kehidupan yang sebelumnya selesa kena adjust jadi kurang selesa. Semua nak kena adjust balik yang kadang kalau silap-silap haribulan rumah-tangga boleh jadi huru-hara dek anak isteri tak boleh nak terima sebarang perubahan.

Namun masih ramai yang tidak sedar hakikat ini. Kebanyakan seronok menghabiskan RM yang ada setiap bulan tanpa beringat-ingat tentang kemungkinan nak kena tukar gaya hidup satu hari nanti.

Bagi yang sedar hakikat kehidupan, mereka menghargai setiap RM yang dibelanjakan. Sementelah pendapatan yang diperolehi adalah hasil titik-peluh dan usaha sendiri. Kesenangan lebih dihargai lagi kalau sebelum ini telah melalui kehidupan masa lampau yang jerih-perih dan agak sulit. Bayangan kenangan silam memberi pengajaran yang amat bererti. Semuanya dijadikan pedoman dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga hari ini dengan lebih baik dan positif.

"Tanpa keyakinan mimpi tidak bermakna" bak kata pepatah yang pernah saya dengar. Untuk mengubah mimpi menjadi realiti, kenalah lebih-lebihkan usaha ke arah itu. Setelah bermacam ikhtiar terlaksana dengan sendirinya kita akan jadi lebih yakin dalam mencapai segala yang diimpikan. Selebihnya tinggal bertawakkal saja pada Allah swt, memohon agar dipermudahkan jalan mendapatkannya. Suami saya sering berpesan agar anak2 mempunyai kesedaran untuk bersusah-susah dahulu. Jangan bersenang-senang dahulu dikhuatiri akan bersusah-susah pula kemudian hari. Orang-orang yang berjaya mencapai kesenangan hidup semua bersusah-susah dahulu, bukan terus senang. Itulah yang sering diulang2 suami buat ingatan anak2. Dan satu lagi pesan beliau, kalau anak2ku dapat sejumlah duit raya misalnya atau income di masa depan tak kira la samada RM50, RM500 atau RM5000 cubalah simpan at-least 10% dari wang itu. Beringat-ingatlah untuk menabung dan berjimatlah dalam berbelanja. Dan jikalau boleh elakkan dari berhutang. Jika rezeki kita halal juga dari sumber yang halal maka akan berkatlah ia dan hidup kita pula akan sentiasa mendapat perlindungan dan keredhaan-Nya...InsyaAllah..

Keutamaan Saf Pertama


"Kak! , saya memanggil kakak semasa anakku itu sedang sibuk berkemas nak balik asrama petang nanti.

"Ya ma..." sahut kakak dari dalam biliknya.

"Ni mama tengah baca pasal kedudukan saf pertama dalam solat ni..., kakak kalau solat dekat surau cuba duduk kat saf-saf belakang ya, elakkan duduk kat saf depan", kata saya pada kakak yang tiba2 muncul dari biliknya.

"Eh, kenapa pulak ma?", tanya kakak hairan.

"Actually mama pun baru tau lepas baca hadis ni, hadis sahih Riwayat Muslim lagi...", balas saya cepat.

"Hadis ni kata...
Dari Abu Hurairah r.a. pula katanya: "Rasululllah s.a.w bersabda: "Sebaik-baiknya saf bagi kaum lelaki ialah saf pertamanya, sedang sejelek-jeleknya saf bagi mereka ialah saf yang penghabisan. Adapun sebaik-baiknya saf bagi kaum wanita ialah saf penghabisan, sedang sejelek-jeleknya saf bagi mereka ialah saf pertamanya." (Riwayat Muslim)"

"Ohh...gitu ke? Selalu tu dekat surau, diaorang bagi kami2 yang menengah tinggi ni duduk saf depan, tu yang kakak duduk saf depan tu..", terang kakak perihal solat di asrama sekolahnya.

"Tapi kalau solat sama-sama perempuan yang bukan berimamkan lelaki, maybe ok kot", saya cuba meneka. "Ok le kalau camtu kakak cuba tanya ustaz/ustazah camane keadaannya kalau kita solat kat surau yang kesemuanya perempuan je, k!" pinta saya.

"Wokay, no problem." balas kakak sambil tersenyum girang lalu terus berlalu untuk sambung balik kerja2 mengemas barang keperluannya balik asrama.

***up-date 22/2/09
Saya dah tanya persoalan hadis ini pada Ustaz Amran selepas sesi kuliah di masjid rabu lalu. Ustaz jelaskan bahawa hadis itu praktikalnya ialah semasa kita bersolat bersama-sama jemaah lelaki samada di masjid/surau. Jika dalam kes contohnya solat di surau perempuan seperti di asrama sekolah anak saya, keutamaannya semua harus maju ke depan. Wallahu'alam.