CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Hakikatnya macam tu ler...


Teringat satu entri yang saya baca beberapa hari lalu mengenai satu istilah yang saya rasa berbeza bagi persepsi setiap individu. Ianya pasal istilah kesenangan hidup. Atau dalam bahasa yang mudah fahamnya... nak hidup senang. Siapa yang yang tak mahu kan? Semua orang rasanya kalau boleh nak hidup senang-lenang.

Bagi sesetengah orang kesenangan hidup begitu kompleks definasinya. Ibaratnya kalau senang tu, kira macam pakai semua yang mewah2 je, kereta kena ada dua tiga malah kena yang impot lagi, tak main la kereta biasa2 je. Pakai barang2 mesti yang branded je dan kalau pegi cuti-cuti Malaysia pula dapat berhabis-habis banyak RM baru kira senang. Begitu juga kalau dapat sediakan pelbagai kemudahan asas yang termoden dan terkini buat keluarga pun ia juga. Pastu dapat bawak pergi ukur keluasan shopping2 kompleks dan habiskan sejumlah RM kat sana pun dikira senang juga. Dan banyak lagi le, yang tak payah nak sebut, semua tau sendiri yang benda2 tu jika semua orang hendak memang ada yang tak tercapai dek akal.

Hakikatnya bukan semua orang mampu. Bukan semua orang berjaya dalam buruan cita2 hingga berupaya mendapat pendapatan yang begitu lumayan untuk meraih semua kesenangan yang lebih-lebih tu. Dan untuk nak dapat semua yang tersebut tu, bagi yang kurang mampu samada yang makan gaji atau bekerja sendiri, maka kebanyakannya terpaksalah berhutang.

Tapi melalui luahan hati seseorang, saya tertarik hati untuk berkongsi pandangan beliau mengenai definasi kesenangan hidup baginya. Bila direnung2kan ianya memang tepat lagi pasti malah boleh membahagiakan. Baginya ia hanyalah melalui hidup secara cukup makan, pakai dan keperluan seadanya sahaja tanpa ditindih dengan pelbagai masalah hutang piutang.

Betul tu....Mungkin ada yang tidak setuju namum itulah hakikatnya. Kesenangan hidup yang hanya sebegini dapat dikecapi dengan penuh rasa happy, bahagia, tenang, tenteram dan selamat. Tidak timbul gangguan perasaan akibat dari masalah kesempitan wang yang menghimpit. Cara nak merealisasikan kesenangan itu, kenalah berbelanja ikut kemampuan. Yang timbul masalahnya bila kita berbelanja melebihi pendapatan. Contoh, mampu beli dompet yang harga RM30 saja tapi hati dah berkenan yang harga RM60. Berkenan punya pasal, kenalah ikut kata hati. Belum cukup bulan duit dah nyawa-nyawa ikan. Nak cukupkan perbelanjaan kenalah pinjam credit card. Lalu hutang bertindih-tindih dan lama2 dah tak dapat nak cover. Bila dah jadi macam tu, kehidupan yang sebelumnya selesa kena adjust jadi kurang selesa. Semua nak kena adjust balik yang kadang kalau silap-silap haribulan rumah-tangga boleh jadi huru-hara dek anak isteri tak boleh nak terima sebarang perubahan.

Namun masih ramai yang tidak sedar hakikat ini. Kebanyakan seronok menghabiskan RM yang ada setiap bulan tanpa beringat-ingat tentang kemungkinan nak kena tukar gaya hidup satu hari nanti.

Bagi yang sedar hakikat kehidupan, mereka menghargai setiap RM yang dibelanjakan. Sementelah pendapatan yang diperolehi adalah hasil titik-peluh dan usaha sendiri. Kesenangan lebih dihargai lagi kalau sebelum ini telah melalui kehidupan masa lampau yang jerih-perih dan agak sulit. Bayangan kenangan silam memberi pengajaran yang amat bererti. Semuanya dijadikan pedoman dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga hari ini dengan lebih baik dan positif.

"Tanpa keyakinan mimpi tidak bermakna" bak kata pepatah yang pernah saya dengar. Untuk mengubah mimpi menjadi realiti, kenalah lebih-lebihkan usaha ke arah itu. Setelah bermacam ikhtiar terlaksana dengan sendirinya kita akan jadi lebih yakin dalam mencapai segala yang diimpikan. Selebihnya tinggal bertawakkal saja pada Allah swt, memohon agar dipermudahkan jalan mendapatkannya. Suami saya sering berpesan agar anak2 mempunyai kesedaran untuk bersusah-susah dahulu. Jangan bersenang-senang dahulu dikhuatiri akan bersusah-susah pula kemudian hari. Orang-orang yang berjaya mencapai kesenangan hidup semua bersusah-susah dahulu, bukan terus senang. Itulah yang sering diulang2 suami buat ingatan anak2. Dan satu lagi pesan beliau, kalau anak2ku dapat sejumlah duit raya misalnya atau income di masa depan tak kira la samada RM50, RM500 atau RM5000 cubalah simpan at-least 10% dari wang itu. Beringat-ingatlah untuk menabung dan berjimatlah dalam berbelanja. Dan jikalau boleh elakkan dari berhutang. Jika rezeki kita halal juga dari sumber yang halal maka akan berkatlah ia dan hidup kita pula akan sentiasa mendapat perlindungan dan keredhaan-Nya...InsyaAllah..

0 comments: