FZ Homemade Cookies kembali lagi, muncul sepertimana tahun2 lepas berikutan dengan hampir berakhirnya bulan Rejab dalam beberapa hari ini sebelum ketibaan Syaaban dalam destinasi menuju Ramadhan dan seterusnya kedatangan Syawal di mana kita semua umat Islam akan bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia.
FZ Homemade Cookies sekali lagi tampil menyediakan 4 jenis cookies yang berharga RM19 setiap pek iaitu Almond London, Chip Sporties, Nestum Crispy dan Oat Rings. Sebagai juadah sampingan, saya juga turut menerima tempahan Chocolate cake yang berharga RM25 sebiji seberat 1Kg untuk jamuan keluarga dan rakan taulan.
Apabila menjelangnya musim raya yang setahun sekali ini, saya mulalah sibuk untuk mulakan kembali bisnes kueh raya yang kami sekeluarga usahakan secara rutin sejak lebih 10 tahun yang lalu. Pengeluarannya terhad, hanya mampu produce lebih-kurang 3oo pek sahaja memandangkan production line nya macam biasa hanya terdiri dari saya yang kadang dibantu anak2 jika kebetulan mereka bercuti.
Setakat ini kami belum menggunakan khidmat pekerja luar, oleh itu aspek mutu dan kualiti masih dalam pengawasan saya dan sentiasa diberi keutamaan. Sokongan suami pula secara tak langsung menguatkan semangat saya dalam menjayakan usaha ini lebih-lebih lagi beliau banyak membantu dalam bab packaging & delivery. Nampak gaya, dengan bermulanya episod kueh raya ini, maka terpaksalah saya hentikan buat sementara production untuk FZ Frozen Food dan insyaAllah to be continued selepas Syawal berakhir.
FZ Homemade Cookies
Labels: FZ Homemade Cookies
Nasihat Imam
Buat renungan bersama, saya tertarik hati untuk memetik kata2 dari Imam Habib Abdullah Haddad dari buku Nasihat Agama dan Wasiat Iman yang mengatakan:
"Ingat seribu kali ingat, jangan sekali-kali anda menzalimi rakyat jelata sebab yang demikian itu akan menarik kepada kecelakaan duniamu dan akhiratmu. Sebagaimana dilarang anda menzalimi rakyat jelata anda sendiri, maka samalah dilarang juga anda membiarkan setengah rakyat menzalimi setengah yang lain. Begitu pula dilarang anda mengabaikan segala urusan mereka, tiada memandang dan meneliti keadaan hidup mereka.
Berkata Saidina Umar Ibnul-Khattab r.a: Sekiranya seekor anak kambing mati di tepi sungai Furat (di Iraq) dengan sia-sia, aku khuatir aku akan disoal mengenainya.
Ini baru anak kambing saja. Betapa pula dengan orang yang mensia-siakan anak-anak yatim, janda-janda miskin, fakir dan miskin serta orang-orang yang tidak berdaya dari kaum Muslimin?"
Wallahua'lam.
Labels: Motivasi
Perihal Dengki
- menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan ia yang ganti mendapatkannya
- menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat ganti memperolehinya baik kerana merasa mustahil bahawa dirinya akan dapat menggantikannya atau memang sukar mendapatkannya atau sebab2 lain. Keinginannya, asal saja orang itu jatuh, ia akan gembira. Ini adalah lebih jahat dari kedengkian yang pertama.
- tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu akan melebihi kenikmatan yang dimilikinya sendiri. Inipun terlarang sebab jelas tidak redha dengan apa2 yang dikurniakan oleh Allah swt.
Labels: jagalah hati
Sehari di Kuala Lumpur
Seperti yang dijadualkan oleh pihak sekolah, budak-budak asrama dapat balik bermalam di rumah 2 kali dalam sebulan. Jadi hari Jumaat yang lalu, saya seperti biasa 'gerak'(pinjam bahasa pasar anak2) ke Kuala Kubu untuk menjemput kakak balik. Oleh kerana bilangan kami yang tinggal tetap di rumah hanya saya, suami dan Shilah(anak yang paling kecil) makanya kepulangan kakak setiap 2 minggu sekali itu memang kami 'looking forward'. Sementelah anak yang sulung pula belajar nun jauh di Kedah sana, jadi hanya dapat balik ke rumah sekali-sekala di musim cuti sekolah sahaja.
Malam itu kami sekeluarga plan turun KL keesokan harinya sebab banyak benda nak kena cari dan settle. Jadi, pagi-pagi lagi selepas breakfast semua dah mula bersiap-siap nak keluar. Mula-mula sekali, singgah rumah Liz jiran di kawasan perumahan kami untuk hantar 10 pek donat yang dipesan. Kemudian kami langsung menuju ke Selayang untuk hantar 40 pek fzfrozen ke kedai Ida iaitu salah seorang regular customer kami.
Lalu selepas selesai urusan dengan Ida saya mengingatkan suami untuk singgah ke kedai kain berhadapan Selayang Mall untuk dapatkan kain bagi uniform pengawas PRS kakak. Dah nak habis tahun pun masalah uniform pengawas kakak belum settle sebab dah 2,3 tempat cari sebelum ini namun masih tak dapat colour yang berkenaan. Ronda punya ronda di sepanjang deretan kedai kain itu akhirnya dapatlah warna kain yang dimaksudkan. Dalam pada itu Shilah pula ambil peluang sibuk nak cari baju dan kain untuk dipakai di majlis jamuan pengawas di sekolahnya bulan 8 nanti. Ada-ada saja....
Habis cerita di Selayang, kami lari pula ke Carrefour Kepong untuk buat grocery. Jadi lunch, solat Zohor serta Asar di sana sajalah nampaknya. Selesai membeli barang-barang dapur dan keperluan rumah, kami kemudiannya teringat cartridge untuk printer Epson C67 perlu dicari sebab banyak benda yang nak kena print. Dah cuba cari di Carrefour tak adalah pulak. Jadi terpaksalah kami ke Low Yatt Plaza pula petang itu. Nampaknya sehari suntuk lah kami meronda KL hari itu walaupun masing2 dah mula penat setelah meronda dari pagi.
Nak dijadikan cerita, sewaktu menyusuri Jalan Bukit Bintang, hari pun dah lewat petang, tapi rupanya masih begitu ramai orang berlegar2 di kawasan itu. Manusia berpusu-pusu ke hulu ke hilir dengan maksud dan tujuan masing-masing, wallahu'alam. Kelihatannya ada semua peringkat usia namun yang paling ramai bilangannya ialah jumlah budak2 dalam umur belasan tahun.
Dalam memerhatikan keadaan di mana bukan sedikit muda-mudi yang 'bercouple-couple', berlonggok-longgok dan melepak tanpa arah tujuan dengan pakaian yang agak kurang elok di pandang mata di mana jelas tidak mencerminkan ciri-ciri indah masyarakat melayu khususnya, telah membuatkan hati saya berdebar-debar dan rasa gundah. Kereta kami pula bergerak agak lambat disebabkan 'jem' di sana sini, jadi kami berempat dari awal hanya terpaku dan terdiam sambil mata terus memerhatikan gelagat remaja dan keadaan sekeliling yang agak tidak menyenangkan itu.
Tiba2 suami bersuara masa semua tengah senyap tu. Papa bagi nasihat dekat anak-anak perempuan kami yang 2 orang ni supaya kuatkan jati diri... jangan mudah terjebak dalam gejala seperti itu. Ambik pengajaran dari apa yang semua tengok petang tu...mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikanlah sempadan..
Dalam rasa resah melihat berbagai adegan itu, saya lalu terfikir bagaimana nanti budak2 lelaki yang berambut punk serta berseluar paras lutut itu hendak singgah untuk bersolat. Budak-budak perempuan itu pula dengan pakaian yang tak berapa senonoh tu, bagaimana boleh terlepas ke sini dari pengawasan ibu-bapa. Ishk... saya terus tertanya-tanya sendiri sebab hati tak dapat bendung rasa tak tenteram bila melihat keadaan itu. Rata-rata remaja tersebut rasa saya masih dalam lingkungan umur menengah rendah. Kakak kata, "mama...budak2 perempuan tu cam kecik lagi... ghase confirm dalam form 1, tak pun form 2".... MasyaAllah... tak tau la apa nak jadi dengan remaja kita sekarang ini...
Dari fenomena tersebut, rasanya kita perlu mengambil langkah lebih berhati2 dalam mengawasi pergerakan anak2 yang sedang meningkat dewasa ini. Memanglah mereka banyak terdedah dengan berbagai unsur dan pengaruh yang tidak sihat di zaman cyber ni termasuklah dari pergaulan dengan kawan-kawan yang lalai, pengaruh tv, internet, mp4, mp5 dan macam-macam lagi. Tapi kita sebagai orang tua kena semampu mungkin cuba pantau apa jua kegiatan mereka .... selagi mampu dan terdaya.
Secara peribadi, bagi saya pengaruh hiburan merupakan yang paling berbahaya sekali. Ianya secara tak langsung boleh gugat jati diri anak-anak yang ikut terdorong dengan perkembangan dunia hiburan dari masa ke semasa. Ia adalah rangsangan utama yang tanpa kita sedari sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara berpakaian, percakapan dan pergaulan anak-anak kita.... amat merisaukan.
Sama-sama lah kita berusaha cuba tolong anak2 berjalan di jalan yang lurus dengan membekalkan mereka didikan agama yang teguh di samping memohon pertolongan dari Allah swt agar mereka sendiri diilhamkan kecerdikan, dilindungi dari kerosakan jiwa dan sentiasa berada di dalam perlindunganNya...amiiin..
Labels: santai
Antara Ilmu dan Harta
Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?"
Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta kerana:
- ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan konco-konconya
- ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara
- harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan bertambah
- orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti
- harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati
- manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah
- orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang berilmu akan dimuliakan
- harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi
- jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan dan taulan jika banyak ILMU.. "
Wallahua'lam.
Labels: ilmu
Kedatangan Bulan Rejab
Pada hari Ahad lepas, saya telah membawa keluar anak ke 2 yang belajar di Kuala Kubu Bharu pulang ke rumah 'balik hari'. Kami jemput pagi dan terpaksa hantar semula k
akak balik asrama sebelum jam 6 petang. Tujuannya, supaya kakak dapat turut serta memeriahkan Pesta Makanan yang berlangsung di sekolah Shilah pada hari itu.
Gerai Shilah yang di beri nama 'Fuzzy corner' mewakili Tingkatan 1 Dinamik telah menawarkan 3 combination makanan serta minuman iaitu 'ais blended, abc dan wadey'. Sedap 'abc' nya hingga kami ulang membeli lagi selepas dah rasa kali pertama. Heheh... memang best!
Lepas dah belanjakan apa yang patut dengan kupon rm25 yang ada kat tangan, kami pun pulang duluan dengan meninggalkan Shilah yang masih terus sibuk dengan kerja2nya di pesta makanan tu.
Sampai di rumah, menjamu selera lah kami dengan barang2 makan yang dibeli tadi. Macam2 topik kami bualkan sambil makan termasuk bertanyakan hal kakak di asramanya. Dalam duk gelak2 dengar macam2 cerita lucunya, kakak tiba2 suggest agar saya dan papanya ikut berpuasa di 1 Rejab nanti. Kami suami isteri saling berpandangan, baru tersedar rupa2nya dah nak masuk bulan Rejab dah.
Ohh... terima kasih anakku kerana ingatkan papa dan mama. Memang saya tahu yang kakak dan kawan2 di sekolahnya rajin berpuasa sunat dan ada waktunya pihak sekolah ambil langkah menggalakkan semua para pelajarnya berpuasa pada hari2 tertentu. Itulah istimewanya sekolah Samt kkb... alhamdulillah...
Syukurlah... kuat jati diri anakku... moga berterusan InsyaAllah.
Labels: santai
Cara Memupuk Sikap Suka Membaca di kalangan anak-anak

- mulakan dari dalam diri kita terlebih dahulu untuk dijadikan contoh oleh anak2.
- sentiasa memberi reward dalam semua perkara yang melibatkan ilmu (jangan memperlekehkan usaha anak-anak).
- mewujudkan satu tempat/suasana membaca contohnya buat sudut membaca/sudut ilmu di mana2 bahagian dalam rumah.
- cuba dapatkan seberapa banyak buku2 ilmiah untuk rujukan sekeluarga.
- memberi peluang untuk anak2 memilih bahan bacaan kesukaan yang menjadi minat mereka contohnya novel2 remaja, komik exclusive dan sebagainya yang tidak begitu heavy jalan cerita dan tidak memudaratkan.
- menggalakkan anak-anak singgah di kedai buku setiapkali keluar ke mall atau sebagainya.
- jadikan lawatan ke pesta buku antarabangsa sebagai acara tahunan buat seisi keluarga supaya anak-anak teruja untuk menambah koleksi bacaan bila berada dalam timbunan buku2 terbaru di samping lebih bersemangat bila melihat sebegitu ramai 'ulat-ulat buku'.

Labels: membaca




