CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Sehari di Kuala Lumpur

Seperti yang dijadualkan oleh pihak sekolah, budak-budak asrama dapat balik bermalam di rumah 2 kali dalam sebulan. Jadi hari Jumaat yang lalu, saya seperti biasa 'gerak'(pinjam bahasa pasar anak2) ke Kuala Kubu untuk menjemput kakak balik. Oleh kerana bilangan kami yang tinggal tetap di rumah hanya saya, suami dan Shilah(anak yang paling kecil) makanya kepulangan kakak setiap 2 minggu sekali itu memang kami 'looking forward'. Sementelah anak yang sulung pula belajar nun jauh di Kedah sana, jadi hanya dapat balik ke rumah sekali-sekala di musim cuti sekolah sahaja.

Malam itu kami sekeluarga plan turun KL keesokan harinya sebab banyak benda nak kena cari dan settle. Jadi, pagi-pagi lagi selepas breakfast semua dah mula bersiap-siap nak keluar. Mula-mula sekali, singgah rumah Liz jiran di kawasan perumahan kami untuk hantar 10 pek donat yang dipesan. Kemudian kami langsung menuju ke Selayang untuk hantar 40 pek fzfrozen ke kedai Ida iaitu salah seorang regular customer kami.

Lalu selepas selesai urusan dengan Ida saya mengingatkan suami untuk singgah ke kedai kain berhadapan Selayang Mall untuk dapatkan kain bagi uniform pengawas PRS kakak. Dah nak habis tahun pun masalah uniform pengawas kakak belum
settle sebab dah 2,3 tempat cari sebelum ini namun masih tak dapat colour yang berkenaan. Ronda punya ronda di sepanjang deretan kedai kain itu akhirnya dapatlah warna kain yang dimaksudkan. Dalam pada itu Shilah pula ambil peluang sibuk nak cari baju dan kain untuk dipakai di majlis jamuan pengawas di sekolahnya bulan 8 nanti. Ada-ada saja....

Habis cerita di Selayang, kami lari pula ke Carrefour Kepong untuk buat grocery. Jadi lunch, solat Zohor serta Asar di sana sajalah nampaknya. Selesai membeli barang-barang dapur dan keperluan rumah, kami kemudiannya teringat cartridge untuk printer Epson C67 perlu dicari sebab banyak benda yang nak kena print. Dah cuba cari di Carrefour tak adalah pulak. Jadi terpaksalah kami ke Low Yatt Plaza pula petang itu. Nampaknya sehari suntuk lah kami meronda KL hari itu walaupun masing2 dah mula penat setelah meronda dari pagi.

Nak dijadikan cerita, sewaktu menyusuri Jalan Bukit Bintang, hari pun dah lewat petang, tapi rupanya masih begitu ramai orang berlegar2 di kawasan itu. Manusia berpusu-pusu ke hulu ke hilir dengan maksud dan tujuan masing-masing,
wallahu'alam. Kelihatannya ada semua peringkat usia namun yang paling ramai bilangannya ialah jumlah budak2 dalam umur belasan tahun.

Dalam memerhatikan keadaan di mana bukan sedikit muda-mudi yang 'bercouple-couple', berlonggok-longgok dan melepak tanpa arah tujuan dengan pakaian yang agak kurang elok di pandang mata di mana jelas tidak mencerminkan ciri-ciri indah masyarakat melayu khususnya, telah membuatkan hati saya berdebar-debar dan rasa gundah. Kereta kami pula bergerak agak lambat disebabkan 'jem' di sana sini, jadi kami berempat dari awal hanya terpaku dan terdiam sambil mata terus memerhatikan gelagat remaja dan keadaan sekeliling yang agak tidak menyenangkan itu.

Tiba2 suami bersuara masa semua tengah senyap tu. Papa bagi nasihat dekat anak-anak perempuan kami yang 2 orang ni supaya kuatkan jati diri... jangan mudah terjebak dalam gejala seperti itu. Ambik pengajaran dari apa yang semua tengok petang tu...mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikanlah sempadan..


Dalam rasa resah melihat berbagai adegan itu, saya lalu terfikir bagaimana nanti budak2 lelaki yang berambut punk serta berseluar paras lutut itu hendak singgah untuk bersolat. Budak-budak perempuan itu pula dengan pakaian yang tak berapa senonoh tu, bagaimana boleh terlepas ke sini dari pengawasan ibu-bapa. Ishk... saya terus tertanya-tanya sendiri sebab hati tak dapat bendung rasa tak tenteram bila melihat keadaan itu. Rata-rata remaja tersebut rasa saya masih dalam lingkungan umur menengah rendah. Kakak kata, "mama...budak2 perempuan tu cam kecik lagi... ghase confirm dalam form 1, tak pun form 2".... MasyaAllah... tak tau la apa nak jadi dengan remaja kita sekarang ini...

Dari fenomena tersebut, rasanya kita perlu mengambil langkah lebih berhati2 dalam mengawasi pergerakan anak2 yang sedang meningkat dewasa ini. Memanglah mereka banyak terdedah dengan berbagai unsur dan pengaruh yang tidak sihat di zaman cyber ni termasuklah dari pergaulan dengan kawan-kawan yang lalai, pengaruh tv, internet, mp4, mp5 dan macam-macam lagi. Tapi kita sebagai orang tua kena semampu mungkin cuba pantau apa jua kegiatan mereka .... selagi mampu dan terdaya.

Secara peribadi, bagi saya pengaruh hiburan merupakan yang paling berbahaya sekali. Ianya secara tak langsung boleh gugat jati diri anak-anak yang ikut terdorong dengan perkembangan dunia hiburan dari masa ke semasa. Ia adalah rangsangan utama yang tanpa kita sedari sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara berpakaian, percakapan dan pergaulan anak-anak kita.... amat merisaukan.

Sama-sama lah kita berusaha cuba tolong anak2 berjalan di jalan yang lurus dengan membekalkan mereka didikan agama yang teguh di samping memohon pertolongan dari Allah swt agar mereka sendiri diilhamkan kecerdikan, dilindungi dari kerosakan jiwa dan sentiasa berada di dalam perlindunganNya...
amiiin..