CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kedatangan Bulan Rejab

Pada hari Ahad lepas, saya telah membawa keluar anak ke 2 yang belajar di Kuala Kubu Bharu pulang ke rumah 'balik hari'. Kami jemput pagi dan terpaksa hantar semula kakak balik asrama sebelum jam 6 petang. Tujuannya, supaya kakak dapat turut serta memeriahkan Pesta Makanan yang berlangsung di sekolah Shilah pada hari itu.

Gerai Shilah yang di beri nama 'Fuzzy corner' mewakili Tingkatan 1 Dinamik telah menawarkan 3 combination makanan serta minuman iaitu 'ais blended, abc dan wadey'. Sedap 'abc' nya hingga kami ulang membeli lagi selepas dah rasa kali pertama. Heheh... memang best!

Lepas dah belanjakan apa yang patut dengan kupon rm25 yang ada kat tangan, kami pun pulang duluan dengan meninggalkan Shilah yang masih terus sibuk dengan kerja2nya di pesta makanan tu.

Sampai di rumah, menjamu selera lah kami dengan barang2 makan yang dibeli tadi. Macam2 topik kami bualkan sambil makan termasuk bertanyakan hal kakak di asramanya. Dalam duk gelak2 dengar macam2 cerita lucunya, kakak tiba2 suggest agar saya dan papanya ikut berpuasa di 1 Rejab nanti. Kami suami isteri saling berpandangan, baru tersedar rupa2nya dah nak masuk bulan Rejab dah.

Ohh... terima kasih anakku kerana ingatkan papa dan mama. Memang saya tahu yang kakak dan kawan2 di sekolahnya rajin berpuasa sunat dan ada waktunya pihak sekolah ambil langkah menggalakkan semua para pelajarnya berpuasa pada hari2 tertentu. Itulah istimewanya sekolah
Samt kkb... alhamdulillah...

Syukurlah... kuat jati diri anakku... moga berterusan InsyaAllah.