CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Sujud Syukur

Banyaknya nikmat Allah pada kita. Bila pandang ke langit rasa teruja lihat hamparan langit... bila pandang laut yang terbentang, mata bagaikan tak mahu beralih dari melihat keindahan itu. Begitu juga dengan segala nikmat lain yang kita kecapi... nikmat telinga yang dapat mendengar, kaki yang dapat melangkah, fikiran yang dapat menilai, hati yang dapat mencintai dan dicintai serta bermacam nikmat lain lagi yang tidak terhitung. Yang paling penting dan berharga, syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi nafas oleh Allah swt untuk terus dapat bernafas di dalam iman.

Jadi nyatakan lah rasa terimakasih kita atas segala nikmat yang Allah kurniakan itu. Selain dari ucapan "Alhamdulillah" yang bermaksud "Segala puji bagi Allah", saya cuba konsisten melakukan Sujud Syukur di luar solat untuk menzahirkan rasa kesyukuran itu. Salsilah terdorongnya untuk istiqamah Sujud Syukur ini ialah bilamana melihat seorang sahabat saya di zaman kolej yang sering melakukannya setiapkali beliau selesai mendirikan solat. Disebabkan kedaifan ilmu di waktu itu, saya tertanya2 dalam hati, sujud apa agaknya yang beliau lakukan itu.... Setelah disemak, rupa2nya ia adalah satu sujud yang dipanggil Sujud Syukur....

Setelah bertahun2 meninggalkan zaman kolej, ada waktunya sesekali kami dapat bersua wajah dan saling bertukar khabar. Teruja bila diiberitakan, beberapa tahun lepas beliau telah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji. Umrah pun dah dapat pergi beberapa kali. Ternyata Allah telah lapangkan kehidupan beliau dengan berbagai kesenangan hidup yang bukan semua orang dalam usia saya mampu meraihnya.

Moga kita sama2 dapat tingkatkan kualiti kehidupan kita dengan menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Bersyukurlah...

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


....” Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur(ingkar), sesungguhnya siksa-Ku amat pedih
(Ibrahim : 7)


“Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung”
(Al A'raf : 69)


_____________________

*Petikan dari forum al-ahkam.net*

SUJUD SYUKUR
Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah /Sajadah diluar solat.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

6 comments:

sot said...

Alhamdulillah sebuah perkongsian ilmu yg baik. Istiqamah sujud syukur dengan meletakkan segala pujian dan pengharapan pada Allah SWT. Mohonlah limpah rahmat Allah, Pengampunan-Nya, dan pembebasan dari azab neraka-Nya.

Mak Su said...

tq dgn perkongsian ini

fzi said...

Tuan Sot...
Alhamdulillah, terimakasih Ya Allah..

fzi said...

Mak Su..
Sama2.. TQ Allah..

Ina said...

terima kasih krn bkongsi ilmu yg bguna ini.

fzi said...

moklong...
Sama2... timakasih juga buat moklong yang sudi ke sini... :)