CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Amalan Kitar Semula

Selama saya masih duk bersiap, tuan sot dah siap2 punggah masuk kereta semua barang2 lama yang nak dijual  Masa baru nak capai tudung, terdengar tuan sot dah siap2 hidupkan enjin kereta. Ishk...faham...faham.... tu dah kira bagi sign,  dah lama tunggu le tu... hehe

Sebelum maju ke pasar, kami singgah hantar sume barang2 terbuang tu ke "KS Membeli dan Menjual Barang2 Lusoh."  Pembantu kedai timbang2.... alhamdulillah semua berjumlah RM25.... hehe... banyak tu kali ni dapat... Sebab apa, kami hari tu ramai2 pakat2 overhaul lemari buku lama.  Jadi buku2 dan fail plastik/kertas yang lama2 tu, sume nak clear.  Campur sekali dengan paper lama, botol2 air mineral,  tin susu dan lain2 tin makanan, hanger baju yang patah, blender yang dah tak leh guna dan dua tiga barangan lain yang sume dah tak pakai.

Alhamdulillah, kami dah amalkan amalan kitar semula ini sejak setahun yang lalu. Banyak benda saya simpan balik untuk dikitar semula...contoh bila habis guna susu pekat, tin nya dibilas lebih kurang kemudian simpan dalam satu plastik besar.  Boleh kata semua bekas/botol plastik, tin dan kaca saya simpan, macam botol sunquick, kicap, sos dll... pendeknya takde lah macam dulu semua masuk tong sampah je.  Rumah pun clear bila kadang2 kita luangkan masa kutip barang2 lama yang dah tak pakai.  Bila dah jual balik alhamdulillah, dapat le RM walaupun takde la banyak sangat.

Jom amalkan kitar semula.  Tak rugi malah untung yang dapat... :))