CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kira mengumpat ke tu??

Ohh... termenung kejap bila terkenang sesuatu...

Dalam minggu ni saja dah tiga kejadian mengumpat telah berlaku.... melibatkan diriku.....errr... kira mengumpat kah aku?

Kejadian pertama:
Kak Milah secara tiba2 berpaling ke arah saya... terus citer pasal seseorang yang telah sakitkan hatinya  Tak pasal2 orang tu sebut2 dekat orang lain tentang tindakan kak Milah yang beri extra upah *melebihi kadar biasa yang orang lain kasi*pada orang gaji mingguannya.  "Ko pikir la fzi....  akak bagi lebih kadang 20 inggit kadang 30 inggit dekat zizah sebab akak tau dia tu susah.... boleh ada orang duk kata kat belakang... kata si Milah tu kalau nak bersedekah, sedekah aje lah dekat orang2 susah kat tepi2 jalan tu, ni yang dibagi nya kat si Zizah tu apsal... ramai lagi orang susah.....
....Fzi, dia tak akan basuh jamban kita kalu dia tak susah fzi...." keluh kak Milah...... Saya banyak mengangguk2 masa dengar luahan kak Milah dan mintak dia bersabar.... "Sabar lah kak Milah... payah kita nak puaskan hati orang lain ni... yang baik kat kita kadang tak kena kat mata orang lain...", jawapan saya harap2nya dapat redakan sikit rasa marah kak Milah...

Kejadian ke dua:
Mendengar luahan Seha, seorang sahabat yang mengadu tentang tingkahlaku seseorang yang lain yang juga telah menyakitkan hati.  
"...sume nak kena ikut kata dia je Fzi..... dan bla...bla....bla...... "
Kali ini saya bukan hanya mengangguk2 tapi  turut mengiyakan sebab di depan saya sendiri pun, gelagat sidia yang dimaksudkan memang agak something wrong somewhere....  Kiranya kali ini saya bukan setakat mendengar tapi ikut bersetuju dengan luahan sahabat saya tadi.

Kejadian ke tiga:
Zana menyuarakan ketidak-puasan hatinya terhadap seseorang yang suka cakap lepas.  "Dah banyak kali dia macam nak malukan saya depan kengkawan lain.  Main cakap je, fzi... Bila jumpa ramai2 tu, ada la citer baru yang dia timbulkan... sume buat saya rasa malu.... kalau dia sorang tentu tak menjadik, yang jadi hangat nya bila ada yang duk menambah...."
Saya hanya mengangguk2 sambil suruh dia bersabar... "Zana, kalu benda yang rasa kecik2 tu, just maafkan lah dia...", pujuk saya untuk cuba redakan rasa kecewanya.


*******

"....pa, kira mama mengumpat ke tu??", tanya saya masa breakfast dengan suami di Salam Sentosa tadi.

"Hah iya lah... ibaratnya dalam proses kita jual beli barang.  Kalu ada penjualnya saja takde pembeli, maka tak berlakulah proses jual-beli.... untung pun tak dapat... sama kes mengumpat ni, kalu bercakap sorang2 takde pendengar maka takde lah jadi umpatan... masalahnya kita ada di waktu kejadian dan kita biarkan diri kita mendengar orang bercakap perihal orang lain... kira kita pun dapat saham sama la..... that's why hadis ada kata, yang ramai menghuni neraka adalah orang perempuan... padahal kalu nak dikira orang perempuan le yang senang nak masuk Syurga... just duk diam2, jaga rumah, taat pada suami.... InsyaAllah senang nanti untuk ke Syurga...", balas papa panjang lebar....
Wallahu'alam.


***nota fzi: Coretan hanya sekadar catatan kenangan dan buat renungan... Kak Milah, Zizah, Seha dan Zana adalah nama samaran

2 comments:

ummufarhan said...

Salam,

Erm, br semalam sy n kawan2 bincang pasal topik mengumpat ni :). Orang perempuan ni kak kecenderungan untuk mengumpat tu lebih berbanding lelaki. Gosip pasal artis, gosip pasal org kaya2, kadang2 tu saya pun terjampuk sama...astaghfirullah huhu. kalau jmp kawan2 di ofis ada saja gosip terhangat yg jadi lazat dan sedap bila buat, syukur juga sy xbekerja, lebih trpelihara. smg kita sentiasa mnjga lidah n hati agar terselamat dr api neraka.

Tafsir surah al-Humazah (pengumpat)

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
1. Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya
3. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya.
4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar
akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. Yaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan.
7. Yang sampai ke hati
8. Sesunguhnya api itu ditutup rapat atas mereka
9. Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang
panjang.

maaf kak fzi pnjg komen sy..

fzi said...

Wsalam ummufarhan...

Timakasih atas komen yang diberi, selitkan tafsir surah al-Humazah lagi... thx :)

Memang begitulah adanya, aktiviti 'tersebut' memang popular dan sentiasa mewarnai setiapkali kita gader2 tak kira dalam suasana/majlis apa sekalipun... kadang tak perasan dan tak dapat nak ngelak... bila buat check-list memang dalam kita asalnya berniat baik sekalipun, ada jugak tersebut pasal orang tu tersebut pasal orang ni...
Moga Allah sentiasa ilhamkan kita kecerdikan dalam menjaga lidah dan hati...aminnn
Tqvm ummufarhan... :))