CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Insiden di plaza tol

Pulang dari hantar kakak balik uia Nilai minggu lepas, kami bertiga singgah solat maghrib di Plaza Tol Jalan Duta. Ramai orang masa tu, jadi beratur la sikit time nak ambik wudhuk. Nasib baik, ruang solat agak lapang. Jadi takde lah sesak sangat bila dah ramai2 duduk kat ruang solat bahagian wanita tu.

Masa tengah pakai telekung, tiba2 mata saya terpandang dekat satu bingkai kaca yang terletak betul2 di tengah dinding yang mengadap kiblat. Hati tertarik bila mata melihat ayat yang bertulis "Rabbana atina fiddunnia hasanah, wafil akhirati hasanah wakina aza bannar..." Ohh saya terus mengulang2 baca sebelum mula solat. Sebagaimana yang kita tahu, ayat tersebut memang sering kita ulang baca sebagai penutup setiapkali kita berdoa.

Selepas selesai solat pun, mata masih menjeling2 dekat bingkai gambar tersebut. Macam ada tarikan. Hati bagaikan terusik sikit bilamana mata memandang, mulut membaca sambil fikiran sekaligus mengingat-ingat makna ayat tersebut. Ohh betapa terasa kerdilnya diri ini...ya Allah....

maksud ayat:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Surah Al-Baqarah 201)

Dah beberapa hari berlalu, tapi fikiran saya sesekali masih dibayangi oleh insiden tersebut. Alhamdulillah, ada hikmahnya kami singgah solat di sana tempohari....


_________________

Dari Anas r.a., katanya:
"Sebagian banyak doa Nabi SAW itu ialah: Rabbana atina fiddun-ya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina 'adzabannar - Ya Tuhan kami, berikanlah kebaikan pada kami di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka."
(Muttafaq 'alaih)

Imam Muslim dalam riwayatnya menambahkan: Katanya: Anas apabila berkehendak akan berdoa dengan sesuatu doa, maka berdoa dengan doa di atas itu. Juga apabila berkehendak memohonkan sesuatu permohonan yang lain, maka dalam doanya itu dimasukkanlah doa di atas itu pula.
(sumber: Kitab Riyadhus Shalihin - Taman Orang-orang Salih)

8 comments:

sekadar satu coretan said...

salam kak fzi...
kadang2 kite terlupa kelebihan ayat yg besar makna dan dpt menenangkan jiwa kite...

Puan Sue said...

Salam k.fzi.. lama sungguh sue tak jenguk ke blog kak.
Sbenarnya doa tu w/pun singkat dan boleh kata anak2 kecik kt skolah tadika pun boleh ingat kan..tapi kdg2 kita yg pangkat mak mak ni selalu terlepas pandang..Mendalam maksud doa tu..

T ksh kerana kak refresh semula pasal doa ni..

mama hidayahamin.blogspot.com said...

Assalammualaikum... saya berkunjung...

ibuintan said...

kita sering membacanya setiap selepas solat, namun kita tidak mendalami maknanya...terima ksih kerana berkongsi makna ayat tersebut..

alhamdulillah, ayat ini tidak pernah lupa dibaca setiap selesai berdoa selepas solat

fzi said...

Wsalam ain...
Betul tu... jika tahu makna doa/ayat2 quran yang dibaca, InsyaAllah akan beri lebih penghayatan dalam kita mengamalkannya...

fzi said...

Wsalam sue...
Itu ler...kadang terlepas pandang maksud doa yang kita hari2 duk ulang baca, hari2 duk ulang minta dari Allah Taala...
InsyaAllah moga ada improvement dalam diri dari masa ke semasa... aminn

fzi said...

mama hidayahamin....
Waalaikummussalam....timakasih atas kunjungan...jemput datang lagi... :)

fzi said...

ibuintan...
Tu sebab penting kita tahu makna kan... bila tahu maksud, InsyaAllah hati turut bergetar bila dengar/sebut ayat2 Allah... sebaliknya kalu tak tahu makna, takde timbul apa2 rasa... hanya sekadar lafaz sahaja, hati tak ikut serta.. nauzubillah