CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Berpeluang Bertemu Hijjaz

"Saya masukkan dalam blog ya...", kata2 saya segaligus seakan meminta kebenaran untuk masukkan snapshot Munif Ahmad bersama abang dan Shilah malam tadi.

"mmm..boleh....", jawab saudara Munif sambil tersenyum.

Malam tadi kami sekeluarga berada di tapak bersebelahan dengan Masjid Bukit Sentosa untuk meraikan kedatangan kumpulan nasyid Hijjaz yang datang sempena program Karnival Jom Halal di sini. Alhamdulillah dapat free entertainment la kami semua kat Bukit Beruntung ni malam tadi... heheBerselang-seli dengan acara cabutan nombor bertuah, Hijjaz menyampaikan banyak lagu faveret termasuklah Nur Tuhan, Dia Kekasih Allah, Al-Quran Kalamullah, Sumayyah, Nasihat Ramadhan, Alabaladi dan beberapa lagi lagu nasyid lainnya. Alhamdulillah bermutu sekali persembahan kumpulan nasyid ini. Satu persembahan yang bermanafaat di samping begitu menghiburkan. Saya memang meminati lagu2 nasyid kumpulan Hijjaz sejak dari dulu... :)
Karnival Jom Halal ini adalah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor di mana berlansungnya karnival selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad. Hari ini ada lagi la, tapi Hijjaz takde la datang lagi...hehe ... Banyak gerai pameran dan jualan kat tapak karnival. Kawan2 saya dari library Kuala Kubu pun ada di salah-satu booth, bukak peluang untuk penduduk di kawasan kami mendaftar jadi ahli perpustakaan.
Saya dan abang(anak sulung) dah datang duluan di sebelah pagi ke tapak karnival sebab saya dah siap2 daftar nama abang untuk slot pertandingan tulisan jawi. Haha.... nak jadi cerita, saya pun ikut sama daftar, tiba2 je bersemangat nak join bila tengok ada beberapa orang kaum ibu lainnya yang ikut daftar ddan ddan tu.... sejurus sebelum pertandingan bermula.

Keputusan pertandingan, alhamdulillah abang dapat hadiah saguhati sedangkan mama dia tak sangkut walaupun hadiah saguhati...hahaha... Kalu ikutkan memang tak berapa layak pun, tulisan jawi saya tak cantik. Ejaan pun banyak yang tak betul.... Yang lebih haru lagi, saingan pulak terdiri dari beberapa orang ustazah... ustaz Rashid yang mengajar Shilah pun nampak ada... Tapi takpe lah..kurang2 saya beranikan diri untuk ikut mencuba nasib semalam tu... Sebenarnya mencabar diri sendiri tuh untuk sahut cabaran menulis dalam tulisan jawi.... :)

Masa mula2 mendaftar memang le ingat tentu bihkurang satu perenggan je kot tulisan rumi yang nak kena translit. Bila soalan diedarkan, ohhh saling pandang memandang dengan abang bila tengok....sikit punya panjang karangan... satu setengah mukasurat...hohoho

Apa2pun..... alhamdulillah, semua hepi semalam.... timakasih buat Hijjaz yang sudi datang, jemput datang lagi ke Bukit Beruntung lepas ni.... :))
---------------------

11 comments:

amir acap said...

bez persembahan hijjaz semalam..terbaeekk..hee..semalam msuk pertandingan tulisan jawi, bapak pnjang nye kne translate..hehee..bez2..

sot said...

Free entertainment. Hijazz ni memang menjadi peberet kami sejak mula kemunculan mereka dulu. Alhamdulillah persembahan vokal live mereka memang sangat mantap sebijik macam dalam album. Berdakwah dalam hiburan, itulah mereka ini. Semoga mendapat keberkatan.

kakak said...

besh btol hijjaz nyanyi..
tp slek ah xde gamba kakak ngn hijjaz..huhuhu

xpa ah..len kli ar..huhuh =p

AzizMostafa said...

Semarak Jawi dengan:
1. Jawi Digital Khattat:
http://typophile.com/node/48495
http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
2 Teka Silang Kata Kelopak — Rumi + Jawi
http://www.typophile.com/node/51401
----------------------------------------------
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

AzizMostafa said...

Semarak Jawi dengan:
1. Jawi Digital Khattat:
http://typophile.com/node/48495
http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
2 Teka Silang Kata Kelopak — Rumi + Jawi
http://www.typophile.com/node/51401
----------------------------------------------
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

fzi said...

Bang..
hehe.. at-least abang terer, ada asas sekolah agama...tulisan dah konfem cantik, ejaan tentu betul je sume... cam Mama, banyak yang nak kena improve. InsyaAllah Mama berazam nak asah lagi skill tulis jawi.... :)

fzi said...

Betul tu pa... kita memang peminat setia Kumpulan nasyid Hijjaz... alhamdulillah ada banyak koleksi cd dan kaset Hijjaz kat rumah :)

fzi said...

Kakak...
Itu ler... cari2 kakak takde ntah round kat belah mana, itu yang abang ngan shilah je dapat peluang senyum kat sebelah Munif dan Ariffin... :)

fzi said...

AzizMostafa...
Terimakasih... InsyaAllah sama2 kita hidupkan tulisan jawi...
'Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya...'

Kunang-Kunang said...

Salam Fzi,

Selama beribadah dibulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Fzi sekeluarga berada di bawah limpah keberkatanNYA selalu.

Mohon maaf andai ada yang menguris hati ketika kita berblog.

fzi said...

Wsalam kak ani...
Timakasih doa buat kami...aminnn
Moga kak ani sekeluarga juga berada dalam rahmat Allah Taala...aminnn

Begitu juga dengan saya, mohon maaf jika ada kata2 saya yang mungkin tidak disenangi kak ani sepanjang saya menulis di alam maya ini...