CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Ramadhan

Alhamdulillah....masih direzekikan Allah untuk kita bertemu Ramadhan lagi tahun ini... syukur Alhamdulillah.

Selamat Berpuasa buat semua rakan2 blogger dan seluruh umat Islam tak kira di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang amat bererti buat kita semua...InsyaAllah.

Harapan buat diri sendiri terutamanya, moga amalan pada Ramadhan kali ini akan jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya..... walaupun sebagaimana rutin Ramadhan, sebahagian besar masa diri ini dituntut melakukan perniagaan bermusim iaitu bisnes kueh raya.... Namun tetap ku berharap, mohon Allah kurniakan

  1. keberkatan umur untuk ku berjaya merentas Ramadhan bulan yang mulia dengan sebaik-baiknya,
  2. kesihatan yang berpanjangan untuk ku dapat memenuhi tuntutan sunat solat terawih,
  3. kekuatan untuk ku dapat bangun di sepertiga malam, jika tidak mampu sekurang2nya awal setengah jam sebelum bersahur,
  4. kelapangan waktu untuk ku dapat menatap dan membaca al-quran walau dalam kesibukan di siang hari,
  5. kebaikan akhlak, percakapan mahupun perbuatan agar aku mampu jadi lebih baik dari hari2 semalam
  6. kemudahan dalam semua urusanku.....
  7. keredhaan Allah dalam ibadah dan amalanku agar tidaklah aku hanya beroleh sekadar lapar dan dahaga semata-mata di sepanjang Ramadhan....aminnn
د كسمڤتن اين ساي مموهون معاف جك ساي اد بربوات كسالهن باءيق يڠ تيدق دسڠاجكن اتاو يڠ ترسڠاج، يڠ نمڤق اتاو تيدق نمڤق...معافكنله جك اد توليسن ساي د عالم ماي اين يڠ تيدق دسناڠي.... سموڬ كيت سموا داڤت منجالني عباده ڤواسا دڠن راس كوشوق، دبركتي دان درحمتي الله تعالى ان شاءالله.

سلامت برڤواسا