CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Zikir Pagi Dan Petang


Alhamdulillah... pagi tadi sempat dengar tazkirah ustaz hj zahazan melalui rancangan Tafsir Al-Quran di radio Ikim. Masa on radio, rancangan dah half-way ke udara tapi alhamdulillah ada satu mesej ustaz yang ingin saya kongsikan dengan kawan2, bagi yang tak sempat mendengar.

Kata ustaz, eloklah kita sentiasa amalkan mana2 zikir yang termampu buat. Contoh zikir pagi petang dan zikir selepas solat, yang bersumber dari buku kecil susunan Dr Abdul Basit Haji Abdul Rahman*lantas saya terus teringat kebetulan baru je dapat hadiah buku kecil tersebut dari jiran kami yang buat kenduri aqiqah Ahad lalu...alhamdulillah*

Kata ustaz lagi , sangat elok jika dapat kita istiqamah amalkan zikir2 tersebut kerana ia sebenarnya hanya mengambil sekejap je dari masa kita. Tak sampai pun 10 minit, InsyaAllah. Diri kita mempunyai roh. Jangan sampai kita terlupa akan hakikat itu di mana roh sebagaimana jasad juga memerlukan makanan.

Zikir ibarat air yang dapat memberi minuman kepada roh kita. Jangan kita asyik mengutamakan keperluan jasad seperti contohnya asyik sibuk mencari formula atau ubat hanya untuk kuruskan badan, untuk cantikkan kulit, untuk hilangkan lemak dan sebagainya. Sebaliknya kena usaha juga untuk lebih utamakan pemakanan dan ubat untuk kesihatan roh kita...


Wallahu'alam.


***link berkaitan zikir pagi petang:
Credit untuk laman web INI dan INI

6 comments:

Anonymous said...

Salam Fzi,

Terima kasih sudi kongsi tentang zikir tu.

Sekarang sibuklah yer. Semoga Fzi sekeluarga sihat sentiasa.

fzi said...

Wsalam kak ani...
Sama-sama..
Alhamdulillah teruja untuk citer apa yang ustaz citer sebab kebetulan baru dapat buku tu dari jiran...
...dari hari ahad buku kecik tu masih duk dalam plastik lagi kak ani, jadi lepas dengar tazkirah pagi tadi baru teringat nak pegi ambik bukak.. :)

Itu ler...memang dah bizi skarang ni... mohon pada Allah agar saya dapat bagi2 masa...aminnn

Husna Adilah said...

Alhamdulillah..terima kasih atas penulisan2 berunsur agama untuk tatapan kami :-)

Sangat menyukai nya :)
Selamat Berzikir :)

fzi said...

Dyla...
Sama2 kita ambil manafaat InsyaAllah...
..tulisan serta input yang ada sebenarnya khusus untuk mengingat diri sendiri yang banyak kekurangannya. Begitu juga dengan koleksi mp3 zikir dan 114 surah dalam al-quran, menyenangkan untuk diklik dengar setiap hari..alhamdulillah
Thx Dyla.. :)

indahhouse said...

salam kak fzi,
Terima kasih berkongsi, kak. Insya Allah, saya amalkan.
maafkn saya, kak, baru smpat datang. Pertandingan tu memang menarik. mcm mana sambutan?
my hubby pulak keja full day arini, ganti cuti raya. jd nak pegi pun tak bole. ceramah sambutan ramadhan malam ni kat dahlia, kak pegi?

fzi said...

Wsalam nur...
Alhamdulillah sambutan boleh tahan... ramai warga BS dan BB keluar ke Karnival...jemput tengok latest n3 akak, ada citer pasal tu, anak2 sempat bergambar dengan anggota kumpulan Hijjaz lagi...hehe