CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Rumah ada air tak kak?


Malam tadi masa tengah basuh pinggan, dah perasan air paip cam kecik semacam je. Ishk jangan le takde air pulak... serik rasa time terputus bekalan air tempohari. Siap lori Syabas datang hulur bantuan.

Mula rasa tak sedap hati.... terus bilas tong2 kecik yang bertutup tu, terus tadah air. Stand-by apa-apa hal at-least ada air bersih buat masak. Untuk kegunaan lain, saya ok kalu pakai air tangki, tapi kalu nak buat masak rasa tak berapa seronok...

Betul macam yang agak, pagi ni bukak2 paip kat sinki.... kosong.... takdok air....huuuu

Keluar ke laman, komfem takde air seluruh taman perumahan bila Yanti rumah sebelah tiba2 tanya, "rumah ada air tak kak?" dan bila nampak Maria rumah depan kelam kabut nak pegi check meter air depan umah.

Harap2 tak lama.... Syabas plez tolongggg....