CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita di MIHAS


Sebenarnya nak post citer pegi Mihas ni semalam tapi tup-tup tengah half-way menaip, papa call dari luar rumah *papa masa tu tengah bertukang kat laman* kata ada member sekeluarga datang. Ohh... sempat tekan 'SAVE' je dekat n3 yang belum siap tu sebelum bangun berkejar clearkan apa yang patut... rumah time tu... alahai.....maklum le weekend... yang tukang sepahkannya ramai.. yang tukang kemas, biasa la sorang je... huuu

Orite... hari ni biar jadi gak nak
publish citer pegi Mihas(Malaysian International Halal Showcase 2010) yang bertempat di perkarangan Bangunan Matrade, Jalan Duta, KL tu.

Al-kisahnya, tiap tahun memang without fail, kita orang mesti pegi sana. Suka sebab banyak dapat beli barang2 makan yang segera2 ni. Pastu dapat merasa hasil keluaran makanan yang bermutu dari banyak negeri seperti Kedah, Kelantan, Tenganu dan lain2.

Biasa laa, kalu dah sampai sana semua.. split... sume ambik haluan sendiri. Macam saya berpusing sorang diri sampai merah jari2 dek kena bawak sendiri barang2 yang beli. Melilau gak mata cari papa, abang dan shilah, semua ntah kat mana *
kakak memang tak balik minggu ni, so miss la kakak untuk Mihas tahun ni*

Jom kita round tengok caner...

Macam-macam makanan ada, semua boleh terai..... jumpa
booth Noraini cookies, Fatihah Frozen, Air Penyicah MH Mohamed dari Kelantan, Keropok KakYah Tenganu, Sabah Teh dan banyak lagi. Booth barang2 penjagaan diri dan alat solek pun ada. Lama la jugak saya luangkan masa dekat Secret Garden cari syampoo, conditioner, hand-wash dan lain-lain.

Ini booth
Rahman Brothers. Beli la sardin De Rahman 5 tin kecik. Try tengok dulu sedap tak, they all kata istimewa sikit sardin ni sebab ambik ikan dekat perairan Sabah. Sardin De Rahman belum di jual di pasaran sini lagi, selama hari ni hanya jadi bahan eskpot.
Ini pula
booth jual kurma. Nak tergelak rasa bila ingatkan kisah kat booth kurma ni. Sesampai je saya depan pakcik Arab tu, dia terus unjuk sedulang kurma dan kacang2 terpilih untuk saya rasa. Kebetulan dah full, kenyang sesangat dah rasa bila dah terai macam2 sample makanan seperti puff, karipap, roti prata, capati dan bermacam jenis makanan lagi di samping pelbagai perisa minuman.
Saya hanya mengeleng2 kepala sambil mengangkat tangan sebagai isyarat dah kenyang. Tapi pakcik Arab tetap offer suh saya ambik rasa. Ohh...tak boleh jadi nih.. untuk tidak menghampakan harapan sidia, ambik la jugak tapi lepa matanya saya terus masukkan kurma yang sebijik tu dalam salah-satu beg plastik yang ada kat tangan. Tak dapat masuk dah walaupun hanya sebijik kurma pakcikkk.... hehe
Ini
booth Persatuan Nelayan2 kebangsaan. Beli 6 pek nugget ikan dekat sini berjenama 'Enna". Memang selalu beli jenama ni kat memana pasaraya, tapi mahal lah kalu kat luar sana. Kat sini dapat harga rm12 untuk 3 pek... alhamdulillah save budget. Sedap sangat 'jejari ikan' tu buat sandwich makan pagi2.

Semua penat, tak nak singgah memana lagi lepas tu. Nak terus balik je. Yalah, duk berlegar2 dari hall 1 - 4 hampir sekerat hari... :)
InsyaAllah ada umur, boleh ke sana lagi tahun depan...
:)