CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Happy Birthday Shilah!

Alhamdulillah....dah 15 tahun hari ni anak mama....

Hepi Befday anakku...
...mama doakan Shilah akan berjaya capai semua impian Shilah k....

Mama mohon pada Allah agar Shilah jadi anak yang baik budi pekerti, berhati mulia dan berilmu pengetahuan yang tinggi....aminnn


Ingatlah perjalanan Shilah masih panjang.... jadi cubalah untuk sentiasa berjalan di jalan yang lurus. Kalu pk-pk, senang kan perjalanan kita kalau kita lalu dekat jalan yang straight je pastu tanahnya pulak rata. Bila dah jalan elok tu, tidaklah kita mudah nak terjatuh atau terlanggar batu2 di perjalanan.

Shilah mesti cuba elak dari ikut jalan yang bengkang-bengkok dan yang tak brape rata. Jadi tidaklah kita asyik tersadung atau terjatuh je. Lagi pulak susah kan kita nak duga apa yang ada dekat selekoh sana dan apa yang ada kat selekoh2 yang seterusnya tuh. Kalu berjalan di jalan yang lurus, tempat destinasi kita pun senang nak nampak dari jauh...
:))
Maka.... amatlah penting untuk kita sentiasa cuba berjalan di jalan yang lurus. ... Ingat pesan mama k....

Kuatkan jati diri lawan semua pengaruh yang tidak baik. Pengaruh yang tidak baik datang dari banyak pintu, pengaruh yang jadi musuh yang paling dekat dengan kita ialah nafsu yang ada dalam diri kita sendiri. Untuk nak kuat lawan nafsu ialah dengan cara mempersiapkan diri kita dengan benteng2 iman. Bersemangatlah untuk terus mengaji Quran kerana al-Quran penyuluh kehidupan kita. Kurangkan membuai hati dengan hiburan yang bersepah-sepah sekarang ini.

Pandai2lah atur jadual dan bahagikan masa Shilah. Solat harus di awal waktu, baru kita rasa mudah je buat keje2 kita selepas tunaikan solat. Bila Shilah leka atau malas nak bangun ambik wudhuk, mama rasa elok Shilah recall balik iklan yang mama tunjuk dekat Shilah dalam n3 sebelum ini. Jadikan ia motivasi, mesti sedar hakikat bahawa semua pekerjaan harus ditinggalkan bilamana terdengar seruan azan.


Ya Allah.... mudahkanlah perjalanan hidup anakku Iman Asilah....aminn