CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Naib Johan acara Kawad Kaki



"..takpe, nanti kita rawat balik ya...don't wori be hepi....."


Saya cuba tenteramkan Shilah yang nampak gelisah bila kena sunburn hasil penangan latihan Kawad Kaki yang telah berlansung selama hampir 3 minggu sebelum perlawanan kemuncak semalam.
Alhamdulilillah Unit Beruniform Kadet Bomba (perempuan) SMKBS menang di tempat kedua sebagai Naib Johan di mana johannya telah direbut oleh Sek Men Sains Hulu Selangor. Alhamdulillah...dah kira hebat la tu dapat naib johan..... mama rasa berbaloi le Shilah dan kengkawan berpanas berhujan buat rehearsal tiap petang hari tuh....hehe

Lepas ni hepi merawat wajah dengan Aloe Vera dan asam limau nipis.... kena rajin buat without fail k.... Malam pula pakai bedak sejuk. InsyaAllah lama2 sunburn kat kulit tu pulih cam sediakala.... :)


18 comments:

Mak Su said...

tahniah, oh.. kat hulu selangor. tak sama ngan anak2 saya, depa kat tempat lain.

amir acap said...

waaa..thniah2.. so pasni pkai la bedak sejuk tiap2 mlm ye utk mrawat sumburn tu..hehehe.

kakak said...

thaniah IM...
majulah bombe untok ngare yeah!!kekekke

sekadar satu coretan said...

salam kak fzi...
anak sulung saye pun mudah kene sunburn...kalau berjemur kat panas,boleh le saye cube petua akak tu...

ain said...

tahniah!!! berbaloi sampai sunburn2 tu!hihi

fzi said...

Wsalam maksu...
ya...kami dekat hulu selangor...tempat demam piliharaya ri tu...hehe

fzi said...

bang...
kesian adik kita...kat sekolah bila terserempak ngan cikgu sume pakat tanya...'kamu masuk kawad ya?' bila tengok wajah shilah merah menyala...huhu

fzi said...

kakak...
hehe...shilah bersemangat tu kak, siap citer kat mama pasni kena kawad untuk hari kokurikulum bulan jun nanti...ish pmr dah la dekat dah...still duk sibuk ngan kawad..

fzi said...

Wsalam ainnoraini...
Itu la... agaknya saing kulit sensitif anak2 kita tu ain...even pakai sunblock still sunburn.. InsyaAllah pelan2 ok balik lepas rehat dan rawat.. :)

fzi said...

Ain...
Tu la pasal... kesian.. hari tu tengah2 panas rehearsal, bayangkan ain kul 3 - 5 petang duk berkawad, kita yang duk dalam umah pun terasa bahang panas dari luar...huhu

Anonymous said...

best aper kawad kaki. dulu sy masuk kadet tentera..pehhh...

:)

muna b said...

cayalah shila.Tahniah.......janji menang.

fzi said...

Intan...
Waaa...hebat intan...join kadet tentera...hehe
akak dulu pandu-puteri...zaman 80an.. :)

fzi said...

muna...
hehe...itu la...menang gak lepas behujan dan berpanas tiap petang...hari2 muna, jenuh kuar ngambik :)

sot said...

Tahniah Iman. Semoga menjadi kenangan manis zaman persekolahan.

Ummi Maryam said...

tahniah,

saya dulu masa sekolah masuk kadet remaja skolah. Kena kawad gak, habis sunburn muka selepas balik dari kem askar di tangok,bachok. tak tahu pun petua akak ni. nampaknya, lepas ni kena tanam pokok lidah buaya satu pasu khas untuk anak-anak pula bila depa kena sunburn nnt ^O^..tq kak fzi..

fzi said...

Sama ngan papa...mama pun harap ia jadi kenangan terindah buat shilah masa form 3...hehe

fzi said...

Ummufarhan...
TQ.. itulah kita yang dah lepas zaman berkawad dulu pun jadi teringat balik...terkenang...hehe

Daun lidah buaya memang efektif dalam rawat wajah, rambut dll...InsyaAllah.. bukan untuk kegunaan luaran je ummufarhan...kawan akak ri tu ajar suh potong dadu isi daun lidah buaya tu then rebus dengan gula batu + gula biasa... buat jus...InsyaAllah boleh redakan panas badan..

Jemput tengok info pasal lidah buaya yang akak petik dari blog
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=13&cat=HERBA

********
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat. nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara.Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.
********