CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Penantian

Malam tadi ada annual dinner syarikat tempat papa kerja. Jadi ikutlah temankan papa pegi sebagaimana rutin saya macam tahun-tahun lepas. Kakak dah siap2 tukar kerja ke shif pagi sebab kami tak dapat nak pegi ambik kalu kakak shif malam. Kami sampai balik rumah pun dah pukul berapa.... Maka tinggalkan kakak dan shilah je kat rumah malam tadi memandangkan abang hari ni baru dapat balik, lepas habis kelas maths.

Bila dah ramai2 tu, ada la peluang untuk saya bertemu dengan isteri2 kengkawan ofis papa. Looking forward gak sebab jarang-jarang dapat jumpa diaorang. Kalu jumpa pun, time ada gader2 syarikat ataupun masa kitaorang jemput bila ada buat makan2 kat rumah.

Alhamdulillah, semalam tu makanan pun boleh tahan sedap. Banyak menu sayur dan cendawan. Satu hidangan yang sihat dan kena dengan selera saya. Yang paling saya dan suami suka...desertnya yang besttt sangat, berupa aiskrim combine dengan sagu, buah strawberi, fruit cocktail dan susu sejat *takleh nak snap gambar sebab cahaya lampu samar2...mujur lah takde menu ikan, kalu tak HARUS tercekik tulang makan dalam cahaya yang malap gitu...hehe*

Dinner semalam menampilkan Anuar Zain sebagai penyanyi jemputan. Pengacaranya pulla pelakon drama yang sering muncul di TV iaitu Ifa Raziah. Terhiburlah nampak semua warga syarikat. Nyanyian Anuar Zain begitu menghiburkan di mana beliau menyampaikan banyak lagu2 hit termasuklah lagu 'Keabadian Cinta' dan 'Lelaki Ini'. Saya memang sukakan suara Anuar Zain. Jelas dan nyata suara... :) Ternyata beliau satu2nya penyanyi lelaki yang masih boleh bertahan dan tetap diminati ramai dari dulu sehingga kini.

Antara lagu2 retro di zaman kami yang turut didendangkan beliau termasuklah lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta' nyanyian Flybaits dan lagu faveret saya iaitu 'Penantian' nyanyian Zubir Ali dari kumpulan Harmoni.
Ohh menggamit kenangan zaman remaja bila dengar lagu2 zaman 80an tu... :)

Jom kita dengarkan lagu 'Penantian' di santai hujung minggu..... sambil berehat, hibur2kan hati.... :))

4 comments:

sot said...

Lagu Penantian nyanyian arwah Zubir Ali ni memang evergreen dan mengusik jiwa. Mutu vokal Anuar Zain memang unik dan di klas yg tersendiri, bagi lah lagu apa pun, dia boleh bawak lagu tu dgn gayanya pula, ala2 R&B.

Anonymous said...

salam kak fzi, sy masih ingat lagu Penantian tu, sedap dan syahdu kan.

:)

fzi said...

Betul tu pa... memang mengusik jiwa...hehe

fzi said...

Wsalam intan...
Lagu tu memang best, kan intan... ingat lagi ianya jadi siulan ramai masa akak sekolah menengah dulu...hehe