CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Doa Selepas Solat

Assalamualaikum...

Kami selalunya sampai agak lewat di masjid untuk sesi Kuliah Maghrib. Dah selamat hantar anak ke kelas malam jam 8.00 di sekolahnya, baru bergegas lalu ikut jalan short-cut menuju ke masjid.

....masuk2 je masjid satu malam tu, ustaz tengah sebut pasal 'Doa'.

"Mintak dengan Allah, mohon hajat kita...."

"Bila ada orang datang mintak hajat dari kita, kita seikhlasnya cubalah perkenankan hajat beliau. InsyaAllah Allah akan perkenankan pula hajat kita..."

Firman Allah dalam Surah Al-Mu’min, ayat 60
yang bermaksud...'Mintalah kepadaku, akanku perkenankan doamu...


************

DOA SELEPAS SOLAT



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.

Ya Allah, akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana bahawa sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

**kredit pada doadoaharian.blogspot.com