CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Terlepas Berdua

Hari ni kira hari ni dalam sejarah jugak la lebih kurang.... sekerat hari duk berpusing2 di jalanan dengan big boss....hanya berdua tanpa disertai anak2 yang bertiga tuh.... selama hari ni jarang kami dapat terlepas berdua macam ni....selalu tu kalu tak tiga-tiga, sekurang-kurangnya Shilah mesti nak mengekor....heheh

Pagi2 lagi tadi lepas goreng bihun untuk breakfast kakak, saya ikut suami ke hospital Kuala Kubu untuk temankan check-up yang 3 bulan sekali tuh. Abang esok baru balik dari kolejnya, Shilah pula ke kem motivasi selama 4 hari 3 malam. Kakak tak ikut lah sebab banyak lagi nak kena menghafal ....masih ada 2 paper lagi buat kakak hadapi SPM....pastu merdeka lah....InsyaAllah.... :)

Sementara duk menunggu tu, saya isi masa dengan baca novel yang dibawa iaitu Hikayat Amir Hamzah (Jilid 1) tulisan bermutu penulis Abdul Latip Talib. Jadi takde la rasa masa berlalu macam tu saja, menunggu. Lepas check darah, tengok jam ada masa lagi sebelum papa nak kena jumpa doktor. Kita orang pun ambik masa lari kejap ke kantin hospital. Papa baru dapat breakfast sebab sebelum ambik darah tak boleh nak makan atau minum. Dah berpuasa dari malam tadi lagi.

Masa breakfast tu, jam pun dah tunjuk pukul 10.30 pagi, jadi nampak begitu berselera papa makan bihun yang saya bawak bekal dalam
tupperware dari rumah. Kami hanya order nescafe je dari kantin hospital.


Dah selesai semua urusan kat hospital, pusing keta singgah beli baja jap kat Kedai Peladang.... hah habis RM22 tak pasal2....dengan baja organik ayam, baja 45(15:15:15) dan 3 kampit racun siput sekali.....semua cukup....baja paksa bunga masih ada stok lagi kat rumah.... so weekend ni kitaorang dah plan nak perubat sikit mana2 pokok yang nampak kurang berzat dekat laman tu... :)

Dari Kuala Kubu, terus memecut ikut jalan lama pegi Rawang pulak. Niatnya nak ke kedai bahan buat kek Larry dan beli barang2 makan sikit di NSK. On the way, singgah lunch kat Sg.Choh.... makan nasi ayam di 'Nasi Ayam
Traffic Light' di Sg. Choh sebelum meneruskan perjalanan ke kedua-dua destinasi. Siap2 lah 'tapow' sebungkus nasi ayam untuk kakak kat rumah.


Spend masa hampir 2 jam jugak la kat Rawang tu. Sampai balik rumah jarum jam dah dekat pukul 3 petang.... kesian, lambat kakak lunch....penat rasa tapi akhirnya senyum sendiri mengenangkan hampir sekerat hari kami tanpa budak2.... terlepas berdua..... :)


8 comments:

Ummi Maryam said...

Salam,

Kak, seronok tak kuar berdua-duaan tu? Kalau saya seronok banget..:). tapi skg ni dah ada anak kecik, nak kuar berdua saja ngan suami tu sangatlah sukar...:) anyway, bawa anak skali pun seronok jugak, tapi seronok kuar berdua ngan suami tu suasana dia lain..romantis gitu..

fzi said...

Wsalam Ummufarhan....
hehe...betul tu... suasananya jadi lain sikit... :)
..akak selalu tu kalau dapat kuar berdua pun abih2 pegi bekfes makan roti canai sambil pi pasar....tu kira rutin ari minggu lah... kalu ke mana2 selain dari tu selalunya anak2 ada sekali... :)

shami2 said...

Salam Fzi..

Salam ukhwah...selalu makan kat nasi ayam traffic light ..yer samalah kita...hehheh

fzi said...

Wsalam shami2...
Selamat berkenalan... :)
Ohh shami pun selalu makan kat sana ya... saya kadang singgah kalu kebetulan lalu time lunch tu...boleh tahan kan sedapnya...kalu pegi sana saya mesti beli kueh tart kelapa tu sekali... :)

Anonymous said...

Kak ani sekarang sentiasa berdua kemana saja. Dah nama pun pencen kan.

Kalau sakinah ada baru dia ikut. Itu pun sesekali jer.

Kembali muda.......

fzi said...

Kak ani...
haha...waaa..seronok le ya kak ani...ada la yang selalu meneman ke mana2...
kira patah balik time honey-moon la ni ya kak ani...hehe

sot said...

Janganlah tunggu pencen baru nak berdua-duaan, kalau boleh hari ini bila ada peluang tu kembali kan nostalgia zaman percintaan sambil berpegang-pegangan tangan dan bersuap-suapan he he...dan masa berdua-duan tu sangat lah jugak sesuai untuk membincang visi dan misi, plan untuk anak2, keluarga, dan hari tua. Dan juga perancangan untuk kepentingan masyarakat dan juga ummah. Dan yang paling penting bagaimana untuk improve dalam soal ibadah dan pencarian ilmu yg bermanafaat.

fzi said...

papa..
hehe...InsyaAllah sama2 kita manafaatkan sepenuhnya saat2 berharga time kluar berdua... :)