CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Usia Makin Berkurang

Alhamdulillah... hari ini 15/12/2009, genaplah umur saya 42 tahun.... Umur dah makin bertambah tapi yang pastinya usia ini makin berkurang.... makin ke hadapan.....

Menginjak umur yang 40 plus plus ni, sebenarnya dah mula rasa tak selesa di sana sini, tumit kaki dah tak berapa tahan kalu nak meronda satu Shopping Complex One Utama tu.... lutut pun dah mula berbunyi kalu jalan jauh2 pagi2 naik bukit turun bukit kat kawasan rumah kami ni....pendekkata berbeza stamina saat beberapa tahun dulu berbanding hari ini.... huuuuu

"Happy birthday my dear, Istiqamah mencari hidayah Allah... Papa doakan Allah beri mama kesihatan yang baik....."
*ucap papa usai solat subuh tadi*

"Hepi befday Ma....."
*abang wish masa terserempak kat dapur seawal 6.00 pagi*

"Hepi befday mama..."
*ucap shilah on the way ke bilik air nak ambik wudhuk solat Subuh*

"Hapy b'day mama!! A rOse spcially 4 u!! I LOve U!!"


*pagi2 dapat mms dari kakak yang sekarang ada kat hostel SAMTkkb, esok last paper spm - Pendidikan Syariah Islam*

Ohhh terharunya..... timakasihhh.....selalu doakan mama ya.....