CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Adegan Yang Biasa Kami Lihat

Amboi....adegan apa tu.....

Adegan ni sebenarnya biasa kami lihat tapi rasanya ramai yang duk kat kL atau kawasan2 bandar tak berpeluang terserempak dengan adegan yang seperti ini. Payah nak tengok kalu duk kat kawasan2 yang sibuk dengan lalu-lintas di luar sana. Itu yang nak kongsi citer petang semalam nih... hehe


Bila menyusuri jalan dari BS - Rasa - Kuala Kubu Bharu, pemandangan yang sebegini adalah biasa bagi kami. Selalu dapat tengok gerombolan kerbau yang berpalut lumpur duk landing, lepak2 kat tepi2 padang atau tepi paya. Banyak pulak tu, satu gerombolan biasanya melebihi 40 ekor..... semua gemok2 dan sume nampak cukup makan.... ")

gambar yang dizoomkan

Kalu kebetulan lalu time diaorang nak lintas jalan...ohhh jenuh nak kena tunggu sampai habis semua selamat melintas. Kereta berderet dari ke dua-dua hala terpaksa menunggu dengan sabar....dah la cara jalannya berlenggang lenggok je....slow motion, maklum la takde nak rushing ke mana2.... hihi


Macam kami yang tinggal di pinggir bandaraya ni, sering je lah jumpa adegan semacam ini.....boleh duk siap 'hi hi bye bye' lagi dekat mereka mereka ni sume.... semua tenung balik kami macam paham kitaorang duk cakap2 pasal mereka mereka..... :)