CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Suami Tak Balik??



"Dah 8 hari suami saya tak balik ustaz...."

"Mula tu dua tiga hari balik sekali, sekarang ni dah lapan hari tak balik....saya dah tak tau nak buat camane dah..."


Terkejut ustaz bila dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang hamba Allah yang mengadu keluh-kesah masalah rumahtangganya.


Ustaz sebutkan serba-sedikit citer tu pada kami dekat kelas tadi untuk sama2 kami jadikan iktibar dan sama2 bermuhasabah diri tentang hakikat kehidupan di persinggahan yang sementara ini.


Antara isi tazkirah yang dapat diambil ingatan:

1) Walau sekarang kita rasa
happy sangat dan bahagia dengan kehidupan kita, dengan rumahtangga yang dibina tak kira 10 tahun ke, 20 tahun ke, atau 30 tahun sekalipun, tidak bermakna kebahagiaan itu pada suatu hari tak akan tergugat.....Tidak mustahil kita akan bersedih kerana terpaksa melalui perkara2 sebegini suatu hari nanti....tidak mustahil kita akan diuji dengan ujian2 yang mungkin tidak pernah terfikir pun oleh kita, nak jadi....

2) Di saat2 akhir umur kita atau dipenghujung kehidupan ini, kalau Allah nak uji kita, bila2 masa saja boleh. Walau selama ini kita memang taat pada perintah Allah, amal dah cukup cantik.....tapi bila tiba2 Allah duga kita dan kita pulak kalah dengan dugaan itu, maka amatlah rugi kita....


3) Bila diuji dengan perkara seumpama ini, elok lah kalau kita mula2 sekali cuba berlapang dada, sabar dan seboleh2nya redha dengan setiap apa yang berlaku. Perancangan Allah tidak terjangkau oleh kita tapi yang tentunya, pasti terselit hikmah di sebaliknya.


4) Jangan sesekali kita patah semangat atau berputus asa. Gunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk lebih dekatkan diri kita dengan Allah....ngaji quran, solat istikharah, solat hajat, berdoa dan mengadulah pada Allah. Allah Maha Mendengar. InsyaAllah Allah akan bukakan jalan untuk kita selesaikan segala yang jadi masalah, lembutkan hati yang keras, leraikan segala yang kusut, jernihkan balik apa yang dah keruh....


Wallahua'lam...


***(Ya Allah jauhkanlah kami dari berlaku perkara yang tidak tertanggung oleh kami...aminnn)