CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Man Ana??


Salam pagi Jumaat....


من انا؟

Man ana?? Siapa kita dan ke mana penghujung nya kita?

Jawapannya tidak lain....kita adalah seorang hamba Allah... milik mutlak Allah... yang wajib patuh kepada segala suruhan dan perintah-Nya. Ke mana penghujung kita pula adalah.... pasti akan hanya kembali kepada Allah swt.... Itu kepastiannya.

Persoalan ini mesti selalu diulang2 ke dalam diri kita supaya kita dapat lebih kerap bermuhasabah diri.... koreksi diri agar sentiasa tetap berada di jalan yang betul, benar dan lurus. Sepertimana kata Ustaz Roslan Mohamad di TV9 dalam slot Tanyalah Ustaz jam 7.00 pagi tadi, pengabadian kita kepada Allah mestilah berteraskan kepada (1) ikatan yang kuat melalui ibadah dan (2) kekuatan aqidah.

Sebagai hamba Allah harus dipastikan kita berdiri sebagai insan yang:

  1. imannya kukuh
  2. berakhlak mulia
  3. mengamalkan ibadah secara berterusan
Tegas ustaz, Iman mampu membulatkan hati kita, supaya kita tidak menyimpang dari landasan agama yang lurus.

Berkaitan dengan ini teringat pula saya akan pesanan Ustaz Amran dari kelas kami dulu kelmarin (Rabu 23hb Dec.2009) :
  • kita makan nasi bukan nasi yang mengenyangkan kita tapi Allah swt yang menjadikan kita kenyang melalui nasi yang dimakan;
  • kita minum air bukan air yang hilangkan dahaga tapi Allah yang hilangkan dahaga kita melalui air yang diminum;
  • kita makan ubat untuk sembuhkan sakit, bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah yang Maha Berkuasa yang beri kesembuhan.....
Kita hanya lah seorang hamba Allah yang hanya berserah diri semata2 kerana Allah. Kita bergantung hanya pada Allah swt dan mengharapkan pertolongan hanya dari Allah swt.

Jadi kena sentiasa awasi tutur kata maupun perbuatan supaya segala tindakan kita tidak sampai bercanggah dengan aqidah kita sebagai umat Islam.


Sekian.... Selamat beramal....

6 comments:

sot said...

Sesungguhnya orang yang beruntung ialah yang sentiasa mengingati mati. Setap detik hembusan nafas kehidupan kita ini mendekatkan kita kepada sebuah kematian yang akan dilalui oleh semua orang miskin kaya tua muda tidak terkecuali. Maka kita hendaklah jelas dan faham siapa diri kita dan kemana penghujung kita? Seterusnya mengambil langkah untuk beramal dan memohon rahmat dan kasihan belas Allah. Supaya penghujung kita nanti di Syurga Allah, insyaAllah.

Kunang-Kunang said...

Salam Fzi,

Seronoknya sekiranya imam kita sentiasa berada ditahap yang tinggi.

Terima kasih sudi berkongsi ilmu, semoga kita dapat manfaatkannya.

kakak said...

mama??
esok ngan luse ade lagi kan kat tv9??
kakak nk tengoklah...
heheheh.. ;)

fzi said...

Papa...
Begitulah hendaknya pa, sama2 lah kita cuba teruskan apa2 yang baik tu...moga amal yang sedikit ini diterima Allah...aminn

fzi said...

Wsalam kak ani....
Betul tu... best kiranya kalu tahap iman kita maintain je kan kak ani....masalahnya hati ni sentiasa berbolak-balik.... contoh, kadang rindu sangat rasa tak ddan ddan nak bukak quran ngaji tapi malangnya kadang2 dalam sehari tak bukak langsung quran....huuuuu...
Ya Allah tetapkan lah iman kami....aminn

fzi said...

ya kak...esok ngan lusa ada slot Tanyalah Ustaz tu...elok le kalu nak saing duduk dalam majlis ilmu tu ngan mama n papa...make sure lepas subuh tak sambung tidur k... :)