CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Keperluan Memenuhi Undangan

Semalam kami sekeluarga selamat menghadiri 2 majlis kenduri kawin. Satu nya di Keramat dan satu lagi kenduri kawin anak jiran di kawasan perumahan kami.

Seawal jam 11.30 pagi dah memecut ke Keramat kerana timing nak balik cepat sebab kakak masuk kerja pukul 4. Ohhh anak perempuan ku itu sebenarnya dah mula keje...hehe... Alhamdulillah dapat kerja di salah sebuah kedai buku dekat-dekat sini. Jadi InsyaAllah adalah duit poket kakak, stand-by kalu ada rezeki dapat ke mana2 lepas result SPM keluar nanti, senang lah sikit.... :D

Berbalik pada citer pegi kenduri, sampai2 je di tempat kenduri...... sume kami terkejut tengok, bukan main panjang khemah tempat menjamu tetamu. Bayangkan sepanjang-panjang jalan antara dua deretan rumah tu, rasa2nya khemah dapat cover sehingga 7 - 8 buah rumah.... mak oi panjangnyaaaaa.... Masing2 menyuarakan rasa impress yang amat sangat bila melihat keadaan itu..... Tak pernah tengok lagi khemah yang sepanjang itu.....Wow!!

Suami saya yang seakan faham dengan situasi kami, terus memberi jawapan kepada tanda-tanya yang bermain di fikiran kami ketika itu....
"Ohh en X tu baik dengan semua orang, peramah dan suka merendah diri....itu yang ramai kawan...... lagi pun dia orang lama...."

Saya, kakak dan shilah hanya mengangguk2 dengar penerangan papa.

Masa tengah ambik lauk pula, timbul sekali lagi rasa terpegun terhadap keluarga en X ini. Sebab akak yang duk tolong bagi cenderahati pada tetamu(orang kelantan panggil 'siso') bagitau yang semua makanan dimasak secara gotong-royong oleh mereka ramai2 kawasan situ. Jiran dan sedara-mara pakat2 tolong.

Ohhh akrabnya semangat kejiranan di kawasan tempat tinggal en X tu..... Saya jadi terpegun sebab jarang dengar mana2 kenduri kawin di kawasan bandar sekarang ni buat stail gotong-royong canggitu...lain lah kalu kenduri kat kawasan luar2 bandar tu, memang masih kuat lagi semangat macam tu.

Sudahnya...sepanjang perjalanan pulang kami duk memuji2 kenduri kawin anak en X itu...dengan pasal khemahnya, dengan makanan nya yang teramat le sedap hinggalah pada isu semangat kejiranan dan hubungan silaturrahim..... :D

Kemudian.....

Sampai la pula kami ke majlis kawin satu lagi lebih-kurang jam 2.45 petang..... drop anak2 dulu kat depan rumah, sume tak nak ikut dah, penat. Jadi saya dan suami je lah pergi 'buat ambik syarat', orang kata. Kalu ikut hati memang dah tak larat dah rasa, nak terus balik rehat je kalu boleh....

Tapi mengingatkan ada hadis Rasulallah s.a.w yang menegaskan perlunya memenuhi undangan makan, kami gagahkan juga diri untuk turut hadir memeriahkan kenduri.....Alhamdulillah...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang di antara kamu semua diundang - untuk menghadiri sesuatu jamuan makan, maka hendaklah mengabulkan undangan itu. Jika ia berpuasa, maka hendaklah ia berdoa sesuatu yang baik untuk keluarga yang mengundang itu - dan jikalau ia berbuka - yakni tidak berpuasa, maka hendaklah makan."
(Riwayat Muslim)