CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Senam Robik

Dah banyak tahun saya duk berulang-alik ke Kuala Kubu Bharu. Anak bersekolah di sana sejak tingkatan 1 lagi, itu yang kira dah familiar kita orang dengan persekitaran Kuala Kubu Bharu.

Ada ketikanya saya pegi belah pagi ke sana, bilamana tak sempat nak hantar kakak balik asrama petang Ahad. Akceli saya memang looking forward nak pegi belah pagi....boleh singgah beli mee kari Kak Kiah, boleh pegi pasar dan yang paling seronoknya dapat singgah Stadium kuala kubu.....nak tengok amalan gaya hidup sihat orang-orang yang tinggal di kuala kubu.... :)

Nak tau? Boleh kata ramai yang duk exercise pagi2 tuh....Seawal 7 pagi, ramai yang dah siap berada di trek stadium untuk mulakan brisk walking atau jogging. Ada group yang regular sejak bertahun-tahun buat exercise in group ala2 tai-chi gitu....siap ada muzik lagi.... sampai sekarang masih bertahan lagi group tu..... perghh :)

Ramai di antara mereka yang saya kenal sebab dulu masa anak saya nak ambik PMR, balik duduk rumah hampir setahun. Jadi berulang-alik lah saya setiap hari ke sana menghantar mengambil anak. Setiap pagi sebelum berpatah balik ke rumah, saya tak lepaskan peluang untuk join brisk walking dengan kengkawan kuala kubu....dah siap2 pakai proper attire untuk tujuan itu.... :)

Lepas brisk walking saya selalunya ikut Lily *kawan berbangsa Cina* buat intensif workout. Ingat lagi time tu, jarum timbangan berat.... maintain je walupun sesekali ada masanya saya terlebih selera makan....heheh

Bermula sejak2 hari tu lah, saya jadi bersemangat untuk tetap buat exercise walaupun jarang ke sana lagi pagi2 *dah anak masuk asrama balik*. Saya regularly buat exercise sendiri je lah kat rumah. Weekend keluar brisk walking dengan suami dan anak2. Sebulan dua ni dah start balik buat Senam-robik. Kekadang suami dan anak2 join sama ikut mama bersenam-robik.... pasang cD Yuriko Takashi..... terus ikut bersenam-robik sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..... tapi kerap juga la miss....biasa la tu..... :)


Alhamdulillah....elok jika dibuat secara konsisten senam-robik ni.... tapi niat kena jelas....semata2 untuk maintain kesihatan badan supaya sihat, cergas dan dapat meneruskan tugasan harian serta ibadat dengan lebih efisyen lagi... jom pakat2 kita amalkan Gaya Hidup Sihat.....heheh....