CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kita hanya Merancang....




Hari ni Jumaat, pagi-pagi lagi Kak Maya telefon kata nak datang beraya.... "InsyaAllah lepas Asar kak Maya sampai".....

Saya pun mula berkira-kira nak masak apa untuk kak Maya. Oklah buat bihun sup ok gak....tambah pula minum petang, takpe kot tak buat heavy sangat... Kebetulan bahan-bahan pun ada dan nak buatnya pula tak ambik banyak masa... sekejap je, 30 minit masak dah boleh siap hidang....*saya terus duk berkira-kira dalam hati...* :)

Pukul 2.45 petang saya sampai balik ke rumah lepas ambik abang dari Solat Jumaat di Masjid As-Salam. Tengok jam...ouh awal lagi.... lepas solat Zohor dan relax kejap....saya melangkah ke dapur dan mula mengadun muffin... jangan tak tau, sempat buat muffin dengan 3 perisa sekali gus...heheh.... tengah memuncak minat dekat muffin nih...tu la pasal... *Tadi lepas dapat call dari kak maya terus search internet cari resepi muffin.... maklum lah sekarang ni kan senang, resepi di hujung jari....* :))

Ok.... jam 3.45 petang, siap sudah 3 jenis muffin iaitu Muffin Pandan, Muffin Lobak Merah dan Muffin Chocolate Chip....ahah... :))

Tengok jam lagi...berbunga-bunga hati baru nak dekat pukul 4.oo, pegi tepuk2 kusyen2 kecil kat sofa di ruang tamu, betul2kan table runner, betulkan tali pengikat langsir.....
....dalam hati berkata2, "Dah boleh dah kalu nak stat buat bihun sup ni..."

Tiba-tiba...

Melalui sliding door, nampak Toyota Vios hitam berhenti betul2 depan rumah.. *terkejut*
"Ya Allah, kak Maya dah sampai la pulak.... Kata nak datang lepas Asar. Ni baru pukul 4....ouhhh tidak....
"

Apa nak kata lagi... lain yang dirancang, lain pulak jadinya.... kita hanya merancang tapi sesungguhnya Allah Yang Menentukan.... terpaksa la hidang apa yang ada je... jelas bukan rezeki kak Maya dan kak Min(kawan cum jiran kak Maya) nak makan bihun sup kat rumah saya.... (< " >)


4 comments:

10 said...

sedapnya tengok muffin tu... terasa lapar lak...

kak... sekurang2nya dapat jugak jamu tetamu dgn muffin tu... bihun sup tu len kali je la watkan ek...

fzi said...

hehe... camtu la jadinya 10... terkilan jugak la dapat hidang muffin n kueh raya je orang datang..
Nx time akak tak boleh tunggu last minute baru nak mula masak... :)
Thx 10..

cikmanggis said...

sedapnya air kaler hijau tu!!

fzi said...

cikmanggis,
haha...air sirap je cikmanggis, selalu asal sirap je mesti kaler merah, so now tukar ijau pulak...hehe