CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita Raya Lagi....



Hari ni Mona and the gang datang beraya dari Kuala Kubu Bharu.... dah bagi notis dekat saya dari minggu lepas lagi jadi well prepared la sikit raikan tetamu hari ni. Pagi2 dah masuk dapur.....

  • rebus nasi impit
  • sediakan sup ayam
  • sediakan sambal kicap
  • buat bawang goreng
  • kupas kentang, goreng kemudian mesin dengan pengisar kering untuk begedil
  • rebus daging, mesin dengan pengisar kering untuk begedil
  • adun muffin lagi hari ini
  • buat sira labu *dah rendam labu kuning dalam air kapur sejak semalam*
Pendekkata..... bila Mona, Muna kecik, Ani, Edah + anak dan Yan + anak sampai lepas Zohor, semua hidangan dah siap terhidang....Alhamdulillah :)

Salam Aidilfitri............