CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Open House...pusingan ke 2

"Huh, paginya kena bangun hari ni!"

Kedengaran suara Shilah merungut2 sambil kaki melangkah hala ke bilik air.

Kami yang berada di dapur tersenyum-senyum sesama sendiri mendengar rungutan Shilah. Ai member merungut lah sebab selalu lepas Subuh sambung balik mimpi yang tergendala sebelum tu. Tapi hari Sabtu dulu kelmarin semua kena kerah bangun awal. Pagi2 lagi semua kena ambik tugas masing2 sebab hari tu kami buat OPEN HOUSE lagi..... :)


Alhamdulillah semua yang dijemput, datang. Rancangan asal nak buat mini open house je tapi realitinya nampak jadi macam bukan mini pulak. Tak sangka ramai pulak kawan2 anaknda yang diaorang terlupa nak jemput, turut sama hadir. Dapat info dari kengkawan la tu. Tapi mujurlah makanan ngam2 cukup untuk semua. Mungkin berkat doa saya semasa solat Zohor yang mohon agar Allah mudah kan urusan hari tu, mohon moga makanan cukup, sempurna dan tiada cacat-cela... Alhamdulillah.

Jom tengok suasana hari tersebut. Meriah rumah kami menerima kunjungan sahabat, jiran serta kawan2 anaknda. Cikgu kelas Shilah pun ada sekali... :)

Tapi bila dah selesai majlis semua penat takleh cerita lah. Hepi mengemas la pulak. Membasuh pinggan-mangkuknya satu hal, nak kemas balik masuk kabinet tu yang satu hal lagi...adoiiii bab ni yang semua pakat lari... terpaksa la mama yang nak kena settle kan.... :(


Apa2pun tqvm buat semua yang hadir...
Sebulan kita berhari-raya....Salam Aidilfitri buat semua...
:))