CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Keutamaan Berazan


Alhamdulillah....sampai juga saya ke surau hari ini. Niat dan azam untuk kembali ke majlis ilmu memang tersemat sejak semalam lagi. Tu yang pagi2 lagi cepat2 beres-kan kerja2 di dapur sebab taknak 'ada siaran tergendala' petang nanti... :)

Hari ini sampai surau awal sikit.... first time saya sampai, ustaz belum sampai lagi....hehe... jadi boleh lah ambik port yang strategik dan agak selesa sikit untuk sepanjang sesi mendengar. Kat depan saya, duduk kak Maya dan Noreen. Kakak2 sebelah menyebelah tak kenal sangat, jadi saya hanya sapa memberi salam sambil tangan dihulur....kira ok lah tu kot... :)

Ustaz hari ini menyambung pelajaran penerangan tajwid dan terjemahan ayat bagi Juzuk ke 15, ayat ke 17. Masih dalam Surah Al-Kahfi. Walaupun saya sedikit mengantuk, kuatkan juga hati untuk memberi perhatian terhadap apa yang ustaz terangkan di depan.

Tiba2 mata saya cerah dan kembali bersinar2 bila hati disentuh oleh bicara ustaz yang menyelitkan pesanan tentang keutamaan dalam berazan. Ia terus menarik hati saya untuk terus bagi perhatian. Yalah kurang2 ada manafaat untuk saya sampaikan balik pada suami dan anak2. Moga selepas ini anakku Amir tidak akan menolak jika berpeluang bila-bila atau di mana sahaja untuk melaungkan azan... InsyaAllah

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya berazan dan menempati saf pertama - di waktu shalat, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehnya itu melainkan dengan cara mereka mengadakan undian, niscayalah mereka akan melakukan undian itu. Juga andaikata para manusia mengetahui betapa besar pahalanya datang lebih dulu untuk melakukan shalat niscayalah mereka akan berlomba-lomba untuk itu. Demikian pula andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya shalat Isyak dan shalat Subuh - dengan berjamaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua shalat itu, sekalipun dengan berjalan merangkak."
(Muttafaq 'alaih)

Ustaz juga menyarankan agar dikeraskan suara apabila melaungkan azan... *Dalam Kitab Rayadhus Shalihin, terdapat satu hadis Rasulallah s.a.w yang ada menyebut tentang hal itu....*

Dari Abdullah bin Abdur Rahman bin abu Sha'sha'ah bahawasanya Abu Said al-Khudri r.a. berkata padanya:

"Sesungguhnya saya melihat engkau suka sekali pada kambing dan tempat-tempat di desa, maka jikalau engkau berada di tempat kambingmu atau di desamu, lalu engkau berazan untuk bersembahyang, maka keraskanlah suaramu dengan berazan itu, kerana sesungguhya tiada seorang jin, manusia atau sesuatu apapun yang mendengar dengungan suara muazzin itu, melainkan ia akan menjadi saksi untuknya pada hari kiamat."
Abu Said berkata: "Saya mendengar yang sedemikian itu dari Rasululllah s.a.w." (Riwayat Bukhari)


7 comments:

Mak Su said...

tq peringatan ini :)

School Of Tots said...

Besar fadhilat azan ni. Teringat saya ada dua pelajar di Madrasah Tahfiz Al-Qur'an Al-Rahmaniah yang namanya berkait rapat dengan tukang azan iaitu:
1. Muhammad Muazim b. Abd. Talib
2. Muhammad Muazam b. Abd. Talib
Sudah tentunya ibubapa mereka menghayati kelebihan tukang azan itu dan seruan mendirikan solat dan menuju kejayaan..

fzi said...

Sama2 maksu, moga sama2 beroleh manafaat...



Thx pa, indahnya nama anak2 sekolah tahfiz tu....Muazim dan Muazam :-)

singamaraja said...

Salam ziaran dari Singamaraja

Achu Tra said...

salam, kade2 ambo teringin jugok nok azan di surau seksyen ambo..tapi sogho ambo supo pelaka lah kak...nnt kkejut habih oghe.

fzi said...

Wsalam. Timakasih singamaraja sudi singgah. Jemput datang lagi :)

fzi said...

Wsalam Achu Tra,
haha...takpo la sogho mace pelaka pun achu tra sebab kak dengar usta' ghoyak koho jauh sogho azan tu oghe bulih dengar, koho besar palo InsyaAllah... :)
Pah lo ni ada mace2 speaker pulok, indoor, outdoor...lagilah koho jauh sogho bulih dengar... :))