CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Happy Birthday Kakak!!


Hepi sweet 7teen kak.....

Kami sekeluarga ramai2 mengangkat tangan berdoa semua yang baik2 untuk kakak sebelum mula menjamah makanan. Celebrate befday kakak semalam sebab minggu depan kakak tak balik. Ada program kat sekolah... dah sedia maklum, tentu bersusun program diatur untuk anak2 yang nak ambik SPM yang tinggal lagi berapa hari tuh.

Sempena meraikan hari kelahiran kakak yang ke 17, saya masak lah Soto kegemarannya. Sukanya hati tengok kakak makan.... nampak berselera tengok kakak, abang, shilah dan papa makan.....
:))


Di samping soto buat kek black-forest yang dah siap beli bahan2nya dua hari lepas. Kek ni kalu nak beli yang dah siap, mahal le gheganya.... kalu kat kedai kek SR *kata abang* RM70 sebiji yang sama saiz dengan yang saya buat ni. Satu slice pun ghega RM6.50 ....fuhhh

Di samping mahal, yang tak terbeli tuh lagi sebab bahan2 yang terkandung di dalamnya agak dikhuatiri....sahih atau tidak halalnya....wallahu'alam. Tu yang kira dah lama la jugak saya tak beli kek di mana2 kedai2 kek....nak bagi senang hati buat je lah sendiri....Tapi penampilan kek takde lah cantik macam yang beli tuh...salutan whipping cream nya tak berapa kemas.... comot sikit le...heheh...


Untuk melengkapkan lagi hidangan, buat lah pulak Trifle sebagai pembasuh mulut....mmmm.....


Alhamdulillah...

Jadi dengan usia kakak yang dah seventeen ni, harapan mama.... agar kakak yang makin dewasa akan lebih bijak dalam nak bezakan yang mana baik yang mana buruk dalam meniti perjalanan hidup ini. Moga kakak dapat bezakan segala sesuatu yang mana boleh beri kebaikan dan yang mana pula boleh bawa mudarat....


Orite! Selamat berjaya dalam SPM anakku!