

Hobi ini sebenarnya bermula semenjak saya tinggal di rumah sewa 18 tahun dulu lagi. Kalau tak silap saya sehingga kini sudah ada 118 pokok orkid pelbagai spesis yang telah dapat dikumpul. Di sini saya paparkan beberapa snapshot orkid belaan saya istimewa untuk tatapan semua.
Di masa terluang biasanya saya keluar membelek, melihat kalau-kalau ada

Kebanyakan orkid di rumah kami telah matured, jadi tidaklah memerlukan penjagaan yang teliti berbanding ketika masih 'baby'. Waktu mula mengumpul orkid dulu, setiapkali turun KL saya biasanya mengajak suami singgah ke Taman Orkid di Lake Garden untuk mencari spesis yang belum ada. Kami juga tidak melepaskan peluang berkunjung ke mana-mana pameran/Pesta Orkid Antarabangsa yang sering diadakan setiap tahun untuk melihat spesis-spesis yang unik dari dalam dan luar negara.


Jadi dengan kos yang tak begitu membebankan ini, dapat lah saya mengumpul spesis-spesis orkid yang berlainan jenis dan warna yang ternyata mempunyai berbagai jenis nama yang pelik dan sukar diingat. Namun di antara spesis yang di tanam, yang paling saya minati sekali ialah spesis hutan yang mana setiap kali berbunga akan mengeluarkan bau yang wangi dan harum.

Seorang kawan saya satu waktu dulu ada menceritakan yang emak saudaranya di kampung membaja orkid hanya dengan menggunakan kerang yang dibeli di pasar. So saya apa lagi, 2 bulan sekali tidak lupa membeli 2kg kerang untuk dijadikan baja orkid saya. Setiap pasu saya letakkan 2 atau 3 biji kerang mentah bergantung kepada saiz pasu.
Cuma masalahnya, jika kita menggunakan kerang sebagai baja, ia akan mengundang bau yang kurang menyenangkan untuk beberapa hari. Jadi sebelum 'membaja dengan kerang' awal-awal lagi saya mengingatkan suami dan anak2 supaya everybody notice pasal ni dan

Selain dari baja kerang, saya juga sesekali menyiram orkid dengan baja kimia berwarna-warni yang perlu di bancuh dengan air terlebih dahulu. Baja ini sebenarnya perlu di spr

Sebulan sekali pula, saya juga ada meletakkan baja organik kambing sebagai penyubur tambahan pokok-pokok orkid saya. Alhamdulillah, hasilnya orkid yang saya tanam dan rawat tumbuh dengan subur dan sentiasa berbunga. Bunga2 ini kadang kala saya petik untuk dijadikan penyeri ruang tamu kami atau sebagai souvenir buat sahabat yang datang bertandang. Alhamdulillah syukur....

