CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

...hari ni befday...

Mata dah hampir terlelap malam tadi bila tiba2 dengar ada dua mesej masuk...
Berpaling tengok jam, dah hampir pukul 12.00 malam. Oh rupanya sms dari anak2 yang nak wish hepi befday...

abang:
Happy befday ma... smoga mama ceria slalu, dimurahkan rezeki n sihat sntiase....I love u so much! Hepi Bfday! :D

shilah:
Hapi bezday mama! I lOve u always! MOga idOp sentiase dlm perlindungan Allah. Aminnn...

Sms dari kakak dapat lewat sikit....
"Mama! Hpy bday! mama, i luv u!

Lepas solat Subuh tadi, papa wish masa bersalam. Terharu rasa dengan ingatan orang2 tersayang... berdebar hati bila ingatkan usia yang dah semakin berkurang. Umur kini dah 43 tahun...

Pagi masih gelap masa papa berangkat ke ofis. Tiba2 dengar bunyi mesej masuk....
"Selamat hari lahir isteriku. Papa doakan Allah limpahkan rahmat, diberi keampunan dan dibebas dari azab neraka. Istiqamah dhuha, tahajjud dan ngaji. Arobik utk kesihatan dan hafal juz amma. Selalu buat kebajikan dan jauhi maksiat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aminn..."