CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Banyakkan Selawat di hari Jumaat

Assalamualaikum.
Salam di hari Jumaat yang mulia...

Alhamdulillah...pagi2 sempat lah sambung tengok Riyadhus Shalihin. Tahun baru hijrah dah bermula, mesti segera memperbaharuhi memana azam tahun lepas yang banyak sangkut. Moga akan ada perubahan dalam diri bermula 1432H berbanding diri di tahun2 sudah. Moga makin improve kualiti... aminnn

Mata terhenti bila tiba pada satu hadis yang menyebut tentang sunnahnya kita memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w pada hari Jumaat. Pernah terdengar hadis tersebut sebelum ni tapi baru pagi ini dapat membacanya dengan detail... alhamdulillah...

Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w hari ini...

Dari Aus bin Aus r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepada ku."

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?" Dalam sebahagian riwayat disebutkan dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?" Nabi s.a.w lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."

(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad Shahih).

*sumber: Kitab Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih)
~ IMAM NAWAWI ~ m/s 1282