CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Yaasin



Malam tadi sebagaimana biasa saya mengambil jalan pintas lalu ikut masjid untuk balik lepas hantar anak ke kelas malam.

Saya biarkan tingkap kereta terbuka agar dapat dengar sepintas lalu, suara ustaz yang setiap malam berkumandang sampaikan kuliah maghrib. Ohh rupanya malam tadi ada majlis baca Yaasin. Nampak dari cahaya yang terang di masjid, boleh tahan juga ramai jemaah yang hadir. Terkilan pulak rasa sebab dalam seminggu dua ni saya tak singgah masjid pun lepas hantar anak...dah terlepas banyak peluang ke majlis ilmu... ouhhh

Bila dengar suara ustaz meminpin bacaan Yaasin malam tadi, teringat saya pada pesanan salah-seorang ustaz dalam kuliah maghrib yang kami sempat pegi satu malam tu.

"Bacalah yaasin dengan hati yang hidup... . Untuk hidupkan hati, kenalah faham apa yang dibaca. Kita bacalah 1000 kali sekalipun tapi kalau tak faham apa yang dibaca, hati kita jadi kurang hidup. Oleh itu cubalah untuk faham apa yang dibaca...

Contoh bila kita baca ayat 51

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ
yang bermaksud:

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

...kalau tak faham maksud, kita tak akan rasa apa2 tiapkali kita sampai pada ayat tersebut. Sebaliknya jika kita faham maksud, InsyaAllah hati akan bergetar dan akan timbul rasa takut bila kita dengar/baca ayat yang menyebut tentang hari pembalasan itu. ini akan tambahkan lagi rasa taqwa kita pada Allah..."



... timbul semangat untuk lebihkan usaha memahami ayat2 quran yang dibaca...
Sama2 hidupkan hati....

6 comments:

Sueozana said...

Slmlkm fzi, smoga fzi n kluarga sntiasa dlm rahmat Allah. Trima kasih atas doa fzi utk bonda kak sue..

Antara kelebihan surah Yasin yg kak sue terbaca; kalau dijadikan amalan harian n hafal surahnya, kita akan terpelihara dr azab kubur. wallahu'alam..

Bait2 ayat Yasin itu sdiri amat menyentuh hati kerana ia penuh pgajaran..

sot said...

Ya betul, fahami ayat2 Allah itu adalah satu tuntutan. Kalau tak faham macamana nak amalkan atau dapat pengajaran dan ilmunya. Moving forward, bila mangaji helain Al-Qur'an itu maka ikuti pula dgn membaca terjemahannya, insyaAllah. Seterusnya baca tafsirnya pula. Dan berguru supaya tidak pula dipesongkan oleh Syaitan di tengah jalan.

sekadar satu coretan said...

salam kak fzi...
kalau kite faham makna surah yasin ni...lagi la tersentuh bile membacenye..

fzi said...

Wsalam...
Sama2 kak sue... Timakasih juga buat kak sue yang doakan saya sekeluarga...aminn

Memang banyak fadhilatnya Surah yaasin ni kan kak sue... sama2 kita cuba istiqamah membacanya.

fzi said...

Rite papa...tQ..
Selalu remind mama k :)

fzi said...

Wsalam ain...
Betul tu ain... alangkah beruntungnya mereka yang tau bahasa arab... sambil ngaji, terus dapat hayati maksud...