CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Sepanjang hari bersama sidia....

Semalam papa cuti. Jadi ambik peluang nak settlekan beberapa perkara yang belum settle. Banyak yang selesai semalam, alhamdulillah.

Pagi2 lagi selepas
breakfast kami keluar ke laman kejap. Papa sempat pindahkan dua anak pisang lagi, korek keluar anak pisang yang dekat luar pagar, pindah tanam kat ruang laman tepi bilik abang. Dah dua tiga minggu kami duk sebok dengan projek tanam pisang.... Papa target biar semua nanti berbuah sekali gus dari 12 rumpun anak pisang yang baru ditanam...heheh...*moga angan2 jadi realiti*

Bila jarum jam tunjuk pukul 10, kami segera bersiap untuk ke Kuala Kubu Bharu. Suka dapat jumpa
Mona and the gang dekat library....dah lama tak turun Kuala Kubu, main hello2 je dengan Mona. Alhamdulillah, selamat hantar balik buku2 yang dipinjam tempohari, tapi bila tengok ada banyak buku best2, pinjam balik 15 buku baru... heheh

Selesai urusan di Kuala Kubu, menghala pula kami ke Batang Kali untuk urusan bank di sana. Orang tak ramai, tak sampai 15 minit dah settle semua...alhamdulillah... :)


Singgah ke pejabat pos Batang Kali di seberang jalan. Saya memang suka ke sini sebab rasa ini satu2nya pejabat pos yang begitu
low-profile tetapi banyak benda boleh buat kat sini. Walau pun pejabat pos kecil je, tapi kami pernah renew road-tax kat sini dulu. Memang nampak dari luar ianya sebuah rumah biasa tapi bila masuk ke dalamnya, nyaman je rasa sejuk air-condnya...heheh...

Sambil menunggu nombor giliran dipanggil, papa sempat tulis satu cadangan untuk pejabat pos tu ...cadangan berbunyi,
"Elok sediakan akhbar harian untuk menggalakkan minat suka membaca , boleh manafaatkan masa terluang sementara menunggu nombor giliran dipanggil..." Saya yang jadi tukang ambik kertas cadangan kemudian tukang masukkan pula ke dalam peti cadangan... heheh...
Petang pula lepas Solat Asar, papa ajak
round motor. Maka round lah kami di sekitar kawasan perumahan dengan skuter yang papa selalu bawak pegi Surau tuh. Time weekend selalu jugak le kami round motor petang2.... pusing2 kawasan sambil hirup udara segar...nyaman... alhamdulillah.... :)

Malamnya pula, papa ajak pegi masjid sambil hantar Shilah pegi kelas malam. Dapatlah kami dengar kuliah maghrib seterusnya solat berjamaah Isyak di masjid malam tadi... Ustaz citer pasal hukum2 dalam menjadikan seseorang sebagai Imam.
Best! Sempat lah saya catit sedikit sebanyak isi kuliah. Suara ustaz dapat didengar dengan jelas dari corong speaker... alhamdulillah...

Selepas keluar dari masjid, kami singgah tukar gas kat Pasaraya Matang Chan... Gas habis, jadi dinner dekat luar je lah. Singgah makan Mee Celup di Restoran Manja. Ohh...sedapppp sangat... Papa makan sambil mata tengok bola dekat skrin tv... Sedar2, licin dua mangkuk Mee Celup depan kami... :)

Jam tepat2 pukul 10 malam masa kami bergerak nak pegi ambik Shilah kat sekolah. Teringat Shilah belum makan lagi. Bila ditanya, Shilah nak roti canai je.... Makanya buat kali ke 2 singgah di Restoran Manja... kami2 yang dah pekena Mee Celup sebelum tu pun ikut makan lagi... kali ni roti canai kosong pulak sorang satu.... ish ish... makan tak beringat nampaknya FZI... takpe, nanti Ramadhan boleh diet, InsyaAllah.... :)

Rasanya masa sangat terisi semalam. Papa menemani sepanjang hari...tq pa... alhamdulillah..