CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Rahsia Istighfar


Assalamualaikum...
Teringin nak kongsi satu insiden yang berlaku semalam. Dek rasa teruja sangat, dah selamat cerita dekat anak2 dan papa anak2 pasal tu. Mungkin bukan sesuatu yang istimewa bagi orang lain, maybe ianya satu perkara yang biasa-biasa je buat orang lain.... tapi bagi saya ianya sesuatu yang miracle.... Alhamdulillah

Kisahnya.... saya buat kek carrot semalam. Sukatan cam biasa sukat2 pakai cawan je. Bahan2 aksesori main pakai taruk je macam kacang badam tu ambik dalam secekak, panggang pastu cincang. Karet pulak ambik dalam tiga batang kikis2 kulit, mesin. Lalu kedua2 bahan tuang dalam bancuhan kek. Niat nak buat kek kecik2 je, ada nak kasi kawan.

So
, bahagikan adunan sama berat dalam 3 loyang bulat yang kecil. Ya Allah!... miracle..... timbang..timbang..dapat devide 500g each untuk satu2 loyang... siriyes...takde terlebih even 0.01gram pun berat dari alat timbang digital saya tuh.... Ouhhh


Mulanya saya tawakkal timbang untuk loyang pertama dan kedua sebanyak 500g setiap satu. Dah berkira2 tentu kena ejas keluarkan balik kalu tak cukup kuantiti untuk loyang ketiga. Jadi perlahan2 curahkan bancuhan yang selebihnya ke dalam loyang yang ketiga... Tup-tup timbangan digital tunjuk angka 482g.... Sambil hati berdebar2, karih2 lagi belen adunan yang masih tinggal dengan senduk kayu....

At-last... Cukup!... tepat2
dapat 500g untuk loyang ke 3....

Subhanallah.... Allah hu Akbar.....



***nota fzi: Setiap yang berlaku dari sekecil2 perkara, menuntut kita berfikir serta merenung segala nikmat yang Allah kurniakan. Pesanan buat anak2ku, amalkanlah zikrullah dan perbanyakkanlah Istighfar setiap hari. Banyak rahsia yang tersimpan, banyak kebaikan yang tersirat.


Dalam sebuah hadis Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam:

“Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.”

(Hadis riwayat Abu Daud)