CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Berpeluang mengenali Man, seorang OKU



Assalamualaikum....

Tadi saya keluar ambik abang untuk ke masjid. Abang sebenarnya sekarang bekerja. Jangan tergelak ya, abang keje selama 2 minggu je. Ada peluang keje di salah satu pasaraya yang agak besar jugalah di tempat kami ni.
Smakke, kawan abang yang dari UIA Nilai pun ikut keje di tempat yang sama. Dua2 nak cari duit poket sebelum melangkah masuk ke Semester terakhir pengajian di peringkat Asasi.

Memang penat, masuk keje pukul 10 pagi...balik nya pula jam 10 malam...12 jam tuh! Fuhhh! Penat memang confirm penat tapi takpe lah sekurang2nya ada juga pengalaman bekerja buat kedua2 mereka dalam habiskan
balance cuti 2 minggu ini.

Hari ini
Smakke cuti. Memikirkan abang nanti takde transport untuk ke masjid, itu yang saya keluar pegi ambik. Tengok2 ada seorang rakan sekerja abang nak tumpang sama ke masjid. Man, namanya. Man seorang insan istimewa....OKU kata abang.... Dari citer abang yang saya dengar sebelum ini, Man seorang yang hiper-aktif. Buat semua benda dengan cepat dan tergesa2. Melangkah cepat, bercakap pun nak cepat-cepat....

Masa masuk keta tadi, saya menegur....


"Assalamualaikum...Ohh ini la Man ya..."

Man: " ya, ya.....Man. "

Saya: "Man lama dah ya keje sini?"

Man: Senyap....

Perlahan2 saya cuba mengulang pertanyaan, lama baru Man jawab,
"Ya, ya....lama dah keje... "

Dua tiga pertanyaan saya yang lain, Man ambik masa sikit nak menjawabnya... saya agak mungkin Man tidak berapa dengar soalan saya.....Bila mula menjawab, jawapan yang diberi agak laju namun dalam keadaan sedikit tergagap , pelat dan tidak begitu lancar....

Melihatkan keadaan itu, hati saya mula tersentuh.... timbul rasa ehsan yang amat sangat buat Man yang ditakdirkan Allah termasuk dalam golongan insan istimewa itu. Raut wajahnya bersih dan tutur-katanya pula begitu lurus...


Didoakan agar Man terus diberi kemudahan oleh Allah Taala dalam meneruskan perjalanan hidup di dunia ini... Moga Allah mudahkan Man.... aminn