CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Tenggelam Timbul


Terhibur hati dapat jumpa kawan2 kat library Kuala Kubu semalam. Kebetulan kakak ada hal nak ke sekolahnya, jadi sempat le menyinggah ke library. Dapat le jumpa Mona and the gang sekali dengan nak hantar buku yang dah lama dipinjam. Selama ari ni duk asyik renew date melalui fon je. So semalam selamat hantar dan selamat pinjam 15 buku baru..... hehehe

Macam biasa tiap kali jumpa, bising la sikit suasana. Sume tinggi je volume suara... hehe... maklumlah macam2 cerita keluar lepas lama tak jumpa.

"Mona, nak citer... hari tu kan kita dapat banyak bijik benih... sebab orang dari jabatan pertanian ada dat.........",

Belum sempat habis ayat saya tu Mona dah pintas cakap, "Tauuu.... dah baca dah citer dalam blog ko....."

"
Ohh...iya ke? hihihi....", Oh sukanya.... tq tq tak sangka pulak diaorang sudi bukak blog member yang tenggelam timbul ni.

"Seronok baca.... hari-hari kitaorang bukak blog akak.... bukan takat baca, siap potostat lagi......" , kata Muna kecik pulak.

Saya
error jap.... fotostat?

"Macam yang baru2 ni, potostat.... pastu balik cuba masak gulai telor masin yang macam ko buat tu.... hehe", Mona menyambung cerita.

Ohh ok ok faham dah.... fotostat tu kiranya print le.... hehe

Hepi dapat jumpa diaorang semua. Sekarang payah sikit nak jumpa sebab kami dah jarang pegi Kuala Kubu. Kakak dah abih sekolah kat sana, jadi dah takde alasan untuk kami semua nak selalu ke sana. Kecuali time time ada urusan samada ke hospital, bank atau ofis gomen..... masa tu lah kalu dapat singgah ke library kejap, barang sejam dua.... tu je lah time nya..... Apa2pun harap2 ukhwah antara saya dan kengkawan library tetap terjalin walau jarang dapat bersua.......

Banyak pengalaman yang dah kami sekeluarga tempuh di Kuala Kubu ..... semuanya jadi kenangan manis yang sentiasa terpahat dalam ingatan... :)