CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Ziarah Orang Sakit

"Kita kena rai-kan suasana"

Woahh seronok bila dapat satu ayat power dari Ustaz Nidzam pagi2 semalam dalam slot rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Maksud ustaz, kita kena cuba meraikan suasana hidup bermasyarakat.

Jadi semalam saya dan suami telah 'meraikan suasana' bila kami bergegas ke Hospital Ampang Puteri untuk melawat salah seorang anak saudara yang terlibat dalam kemalangan jalan-raya.

Alhamdulillah keadaan Boboy OK, hanya cedera ringan sahaja cuma bahagian kepala masih dalam perhatian doktor. Kepala Boboy terhantuk kuat di cermin depan kereta sampaikan cermin tu pecah teruk. Doktor dah 2 kali x-ray dan dengarnya masih ada rawatan lanjutan di bahagian itu...ish kesian...sabar ya Boy....

Nak sentuh sikit pasal Boy ni. Menariknya beliau seorang jejaka yang baru berusia 25 tahun tapi bagi saya Boboy tersenarai dalam barisan anak muda yang agak berwasasan tinggi. Masa duk borak2 sambil citer2 pasal accident tu, sempat lah kami tanya2 pasal kerjayanya sekarang. Seronok dengar pengalaman Boy yang dah sampai ke banyak negara termasuk Itali, Korea, Indonesia, Vietnam dan Bangkok walau pun masih dalam usia yang masih muda remaja itu. Berkelulusan Diploma In Mechanical Engineering, beliau selama ini telah terlibat dalam industri oil n gas. Itu yang berpeluang outing ke negara2 luar tu.

Atas katil hospital, kelihatan berselerak dengan buku dan working paper. Boy masih sempat mentelaah pelajaran dan melayari internet dari note-booknya yang setia di sisi. Kena study kata Boy, sebab beliau sambung ambik course di British Council untuk tingkatkan lagi ilmu dan mutu dalam kerjaya. Suti n Uncle doakan Boy berjaya dalam hidup dan sentiasa dalam perlindungan Allah taala. Kuatkan jati diri walau di mana Boy berada. Rasanya siri pengalaman yang ditempuh telah buatkan Boy lebih matang berbanding rakan2 sebaya Boy yang lain.....Ehem.... pasni bawak keta slow2 ya, jangan ikutkan sangat rentak jiwa remaja tu...hehe

Berbalik pada kewajipan menziarahi pesakit, banyak hadis Rasullallah SAW yang menekankan soal ini termasuklah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, meninjau orang sakit, mengikuti jenazah2 - yang akan dimakamkan, mengabulkan undangan dan mentasymitkan orang yang bersin." (Muttafaq 'alaih)