CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Mini Library

Salam pagi Jumaat....

Selepas balik dari kem motivasi tempohari, Shilah macam bersemangat sekali mintak saya ubah susunan perabot dekat living.

Katanya, "
mama....apa kata kita buat mini library!"

Hah! Ada la tu mesej berguna dapat dari para fasilitator di kem hari tu. Mesej yang dah berjaya menyuntik semangat baru dalam diri Shilah, balik dari kem. Sedikit berbeza dari Shilah yang sebelum pegi kem... hehe

Saya pada mulanya buat endah tak endah je dengan permintaannya itu. Tapi rupa2nya Shilah masih tak putus asa walaupun nampak saya buat tak tau. Dua tiga kali lagi lepas tu pasang strategi, cuba ingatkan lagi saya pasal mini library.

Ohhh kesian pulak rasa..... Jadi, di suatu pagi yang hening *...ceywah.... hehe... * tak ingat hari apa tapi satu hari di minggu lepas, maka tergeraklah hati untuk sampaikan hajat Shilah tu. Grung grang grung grang.... sibuk lah saya ngalih2 lemari dan kerusi sorang2....lepas tu sambung pulak susun buku2 tu sume masuk rak balik....owhh penat!

Sampai2 je Shilah balik dari sekolah, terus senyum sampai ke pipi bila tengok dah
wujudnya satu sudut kecil di ruang tamu yang boleh la kot dipanggil 'Mini Library'..... hehe....jadi laa.....

Orite....mama harap Shilah hepi ya sebab hajat dah kesampaian.... Selamat Membaca ya anakku! :D