CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan Kita Kufur Nikmat

Semalam saya keluar kelas agak awal dari biasa. Tak sempat tunggu habis kelas, dah bergegas keluar. Sempat lah hulurkan tangan bersalam dengan kawan yang duduk paling hampir dengan saya. Dekat ustaz pula bagi sekilas isyarat, tanda minta diri awal dari orang lain.

Ohh mengeluh juga saya dalam hati sebab dah lebih dari sebulan tidak dapat hadir ke kelas Ustaz Amran di Surau Al-Bayan ini. Sibuk dengan urusan mengambil-menghantar anak2, lebih2 lagi waktu kelas saya yang bermula pukul 3 clash dengan waktu kakak keluar/masuk kerja pukul 4. Itu yang tak dapat nak ejas masa. Terasa terkilan juga di hati, kadang terfikir...adakah Allah dah tarik sikit nikmat kelapangan masa saya untuk dapat hadir ke majlis ilmu ini.... harap2 akan ada jalan keluarnya nanti...

Semalam kami masih dalam pengajian Surah Al-Kahfi ayat 27. Sebagai intro pengajian, ustaz tidak lupa untuk membacakan hadis Rasulallah SAW yang menekankan kebaikan Surah Al-Kahfi ini. Jika kita istiqamah membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat, InsyaAllah akan terpancar cahaya bagi kita dari Jumaat ini hingga ke hari Jumaat yang berikutnya....*sila rujuk hadis*

Bersyukur lah kita kerana terus diberikan nikmat oleh Allah SWT yang memberi nikmat kaki untuk bergerak, nikmat mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mulut untuk berkata-kata..

Kita manafaatkan lah segala nikmat Allah itu dengan jalan yang sebaiknya seperti menggunakan nikmat mulut itu untuk megeluarkan perkataan yang elok sahaja dan maksimakan nikmat penggunaannya dengan membaca al-Quran.

Kata ustaz, belajar al-Quran adalah wajib manakala membaca al-Quran adalah sunat.. Tapi sebaik2nya kita usahakan untuk sentiasa membacanya agar kita termasuk dalam orang2 yang mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah....aminnn

Kalau kita orang yang Solat, alhamdulillah sekurang-kurangnya kita dah berjaya membaca Surah al-Fatihah sebanyak 17 kali dalam sehari dari 17 rakaat yang kita dirikan dalam solat fardhu. Jadi kalau kita tambah dengan membaca al-Quran di luar solat, InsyaAllah lagi bertambah-tambah banyaklah kalam Allah yang kita baca....alhamdulillah

Oleh itu sama2 lah kita renungkan betapa ruginya orang-orang yang tidak solat dan tidak pula membaca al-Quran dalam rutin hidupnya sehari-hari. Moga Allah jauhi kita dari mempunyai sikap lalai yang sedemikian. Jangan kita kufur nikmat. Manafaatkan pemberian Allah sebaik mungkin, usaha mencari bekal melalui amalan seharian sebelum setiap dari kita dijemput pulang...

Wallahu'alam.