CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Perihal Wudhu'

Antara syarat memelihara solat dan mendirikannya ialah menyempurnakan kesucian yang menyeluruh terhadap anggota badan, pakaian dan tempat solat. Di antaranya lagi ialah meratakan wudhu' ke merata anggota nya serta membuatnya tiga kali tanpa waswas atau membazir, sebab waswas dalam kesucian dan sembahyang itu adalah dari hasutan syaitan yang menyebabkan kita jadi keliru.

Memperbaharui wudhu' bagi setiap solat adalah sunnat, begitu pula dengan kekal berwudhu' pada setiap waktu adalah dituntut kerana yang demikian itu mengandungi berbagai manfaat.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang - yakni menambahkan - bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya - dengan menyempurnakan berwudhu' itu sesempurna mungkin." (Muttafaq 'alaih)

Dari Usman bin Affan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'nya - yakni menyempurnakan sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya." (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a pula bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasululllah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Yaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi - seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyakkan melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Allah." (Riwayat Muslim)

Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w , sabdanya:
"Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu' lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu'nya, kemudian mengucapkan: "Asyhadu alla ilaha illallah wah dahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh", melainkan di bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya." (Riwayat Muslim)


Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga wudhu' kita bermula dari cuba menyempurnakannya sebaik mungkin dan cuba untuk sentiasa berada di dalam keadaan berwudhuk itu. Setelah selesai setiapkali berwudhuk, apa kata kita cuba pula istiqamah dalam melakukkan solat sunnat wudhu' 2 rakaat sebagai tambahan rutin setiap hari.


Betapa tertariknya hati ini takkala membaca hadis Rasulullah s.a.w. yang berikut:

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal: "Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhnya saya mendengar suara derap kedua ketumpahmu di muka(depanku) di dalam syurga," Bilal menjawab: "Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku - yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan solat sunnat wudhu'." (Muttafaq 'alaih)


Alangkah baiknya jika sama2 dapat mengamalkannya... Semua terpulang pada diri sendiri. Bak kata seorang professor dalam buku terbaru beliau yang sempat saya belek2 di 'Kedai buku
Book Worm' malam tadi(sementara menunggu anak2 yang sibuk mencari barang2 stationary mereka)...iaitu "Kalau hendak seribu daya di mana jika ada kemahuan maka di situ akan adalah jalannya.. Tetapi jika tidak mahu, bermacam alasan boleh diberi".
Wallahu a'lam.

Amalan sunat


"Kalau nak dapat markah lebih, kenalah cuba buat benda-benda yang sunat sama, jangan tau buat yang wajib je", tiba-tiba suami saya bersuara memecah sepi.

Waktu itu saya dan suami sedang menemani anak kami Shilah yang sedang sibuk fokus buat homeworknya di ruang makan.

Saya yang ketika itu sedang meneliti kitab Riyadhus-Shalihin segera mengangkat kepala.

"Ha ah betul tu pa", saya mengiakan kata2 suami.

"Contohnya instead of kita just solat fardhu je tiap-tiap kali masuk waktu, why not kita buat Kobliah dan kemudian selepas selesai solat fardhu kita buat pula Baadiah. At least kalau kita buat solat solat sunat ini InsyaAllah boleh cover kekurangan yang mungkin saja ada dalam solat fardhu kita. Cuba istiqamah buat 2 rakaat dulu biar tetap dan konsisten, lama2 baru buat 4 rakaat pula. Contoh Hj Tahir jiran kita tu, last year kat surau papa perhatikan dia istiqamah buat 2 rakaat Kobliah dan 4 rakaat Baadiah, tapi tahun ni nampaknya meningkat jadi 6 rakaat Baadiah",sambung papa dengan panjang lebar.

Shilah yang sedang sibuk menyiapkan homework Sains nya pun turut mendongak tanda makin berminat dengan cerita papa. Melihatkan keaadaan itu, mata papa terus beralih pada Shilah.

"Ha, Shilah.... papa rasa Shilah kena teruskan balik amalan yang Shilah selalu buat dulu", papa berhenti seketika menunggu reaksi Shilah."

"Apa dia pa?", balas Shilah cepat.

"Ya lah, kan Shilah dulu, tiapkali nak masuk tandas baca doa, keluar tandas baca doa, naik kenderaan baca doa, nak study baca doa, nak ngaji quran baca doa... ni tidak, sekarang ni papa tengok Shilah baca doa time nak makan je, tu pun mama yang nak kena remind", keluh papa pada anaknya yang sorang ni.

Shilah hanya tersengih-sengih tanpa sebarang kata.

"Ok lah mulai hari ini kita try buat semua benda2 sunat tu balik. Contoh semua yang papa cakap tadi k Shilah!", saya menambah cuba untuk meredakan suasana.


Begitulah lebih-kurangnya sesi perbualan kami semalam. Memang jika di pelajari dari hadis-hadis Rasulallah saw pun banyak mengajar kita dalam menitikberatkan perkara-perkara sunat dalam kehidupan kita sehari-hari. Bukan hanya tertumpu pada ibadah tertentu sahaja namum merangkumi banyak perkara lain seperti contoh-contoh tadi. Jika kita sentiasa mengingati Allah dalam semua pergerakan kita dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sekurang2nya, amalan itu sudah menjadi satu ibadat. Jadi dengan kita menambahkan sebaris doa lagi selepas bacaan basmallah itu moga-moga akan lebih mendatangkan berkat dan rahmat dari Allah terhadap apa yang kita lakukan.


Contoh air yang kita hendak minum, ada fakta yang mengatakan bahawa ahli2 sains telah menemukan bukti tentang air yang apabila diperdengarkan ayat-ayat suci al-quran adalah berbeza dengan yang diperdengarkan musik2 hiburan yang melarakan. Struktur air yang di bacakan ayat2 suci al-quran sangat cantik sekali amat berbeza dengan air yang satu lagi. Apabila dilihat pada air zam-zam pula, struktur airnya yang memang sediakala cantik makin bertambah cantik lagi bila di bacakan ayat-ayat suci al-quran. Subhanallah...itulah kelebihannya mukjizat Allah swt.

Maka eloklah kita mula melakukan perkara-perkara yang sunat ini dari small small matter dulu. Cuba konsisten sedapat mungkin. Misalnya mengamalkan doa-doa sebelum melakukan sesuatu perkara itu, sebenarnya amat simple dan tidak lah menyulitkan sama sekali. Jangan tunggu lagi, jom mari kita mulakan!


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulallah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya pertama-tama amalan yang seseorang itu dihisab dengannya ialah Solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sungguh-sungguh menyesal dan merugilah ia. Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: "Periksalah olehmu semua -hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah." Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini." (HR Imam Termizi)


Usaha, Ilmu dan Amal

Dah lama tak membelek buku. Buku-buku yang tersusun, sepi di rak buku dan jarang dijengah sekarang ini dek sibuk dengan kerja-kerja lain. Walhal membaca merupakan salah-satu dari kegemaran saya bukan saja sebagai hobi malah yang pentingnya bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, saya agak konsisten membaca dan mentelaah satu kitab Hadis iaitu Riyadhus-Shalihin(Taman Orang-orang Soleh) oleh Imam Nawawi yang diterbitkan dari Pustaka Nasional. Ia terdiri dari 2 jilid tebal yang memuatkan hadis-hadis Rasulallah saw yang besar manafaatnya bagi kita kaum Muslimin. Sekurang-kurangnya melalui buku itu, akan tersingkaplah seadanya tabir yang masih tertutup buat diri kita pada mana-mana hadis yang belum pernah kita mempelajarinya.

Nampaknya kena memperbaharui tekad untuk kembali sambung membacanya. Saya mesti usaha sambung balik membacanya!

Saya masih ingat lagi salah-seorang ustaz yang mengajar kami dulu selalu menjadikan kitab Riyadhus-Shalihin ini sebagai teman. Dapat dilihat yang kitab ini sentiasa menemani beliau setiapkali kami terserempak dengan beliau di mana2 majlis ilmu atau kuliah.

Menurut beliau, memang penting dan perlunya untuk kita cuba istiqamah dalam mempelajari hadis-hadis Nabi saw ini dalam usaha kita untuk lebih mengenali dan mencintai Rasulallah saw. Sesungguhnya 'tiada ilmu tanpa usaha' dan 'tiadalah pula amal tanpa ilmu'.

Menurut Dr Aidh al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW ialah:

  • Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
  • Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
  • Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan.
  • Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW .
  • Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
  • Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda saw.

Kembali ke sekolah

Tahun baru Hijrah bermula. Azam saya agar tahun baru ini dimulakan dengan seribu niat untuk berbuat perkara2 yang baik sahaja. Itu pesanan dari tazkirah pendek suami buat saya dan anak-anak sepulangnya beliau dari majlis Maal Hijrah di surau.

Kata papa, semuanya bermula dari niat atau dengan lain perkataan 'lintasan hati'. Kena pasang niat untuk berbuat semua benda baik, contohnya niatkan dalam hati untuk ke tanah suci, nak istiqamah Solat Dhuha, nak cuba sedaya upaya solat di awal waktu dan lain-lain lagi. Dah niat yang baik itu pun, InsyaAllah dah dapat pahala. Kalau buat semua yang diniatkan itu, InsyaAllah lagi berganda pahalanya.

Moga tahun baru ini bermula dan berlansung dalam keteguhan iman bak kata seorang sahabat saya kak Asmah..."
berhijrahlah dengan keimanan"...

Bermulanya tahun baru hijrah bersaing dengan lembaran baru bagi tahun masehi 2009, maka anak-anak pun akan mula kembali ke sekolah. Semalam kakak dah selamat balik ke asrama SAMT kkb untuk memulakan sesi persekolahannya di Tingkatan 5. Manakala Shilah, anak saya yang ketiga pula akan masuk Tingkatan 2 di SMKBS. Amir, nak yang sulong pula telah terpilih untuk PLKN(khidmat negara) di Lumut, Perak. Maka kembali sunyilah rumah kami setelah ceria dengan gelak-tawa anak-anak selama 2 bulan cuti sekolah tempohari.

Saya sempat bakar choccolate cake buat bekal kakak balik asrama petang tu. Masa tengah sibuk-sibuk kemas barang untuk keperluannya di sana, hati saya dah mula terusik bila ingatkan kakak yang dah nak kena balik hostel setelah lama berada di rumah.

Teringat waktu-waktu di mana kakak tolong saya masak untuk makan tengahari kami di waktu saya kadangkala sibuk dengan kueh2 yang orang tempah. Terasalah pula nikmatnya bila sesekali dapat makan masakan anakku yang sedang remaja ini....Boley tahan sedap... terer anakku.. :)