CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Usaha, Ilmu dan Amal

Dah lama tak membelek buku. Buku-buku yang tersusun, sepi di rak buku dan jarang dijengah sekarang ini dek sibuk dengan kerja-kerja lain. Walhal membaca merupakan salah-satu dari kegemaran saya bukan saja sebagai hobi malah yang pentingnya bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, saya agak konsisten membaca dan mentelaah satu kitab Hadis iaitu Riyadhus-Shalihin(Taman Orang-orang Soleh) oleh Imam Nawawi yang diterbitkan dari Pustaka Nasional. Ia terdiri dari 2 jilid tebal yang memuatkan hadis-hadis Rasulallah saw yang besar manafaatnya bagi kita kaum Muslimin. Sekurang-kurangnya melalui buku itu, akan tersingkaplah seadanya tabir yang masih tertutup buat diri kita pada mana-mana hadis yang belum pernah kita mempelajarinya.

Nampaknya kena memperbaharui tekad untuk kembali sambung membacanya. Saya mesti usaha sambung balik membacanya!

Saya masih ingat lagi salah-seorang ustaz yang mengajar kami dulu selalu menjadikan kitab Riyadhus-Shalihin ini sebagai teman. Dapat dilihat yang kitab ini sentiasa menemani beliau setiapkali kami terserempak dengan beliau di mana2 majlis ilmu atau kuliah.

Menurut beliau, memang penting dan perlunya untuk kita cuba istiqamah dalam mempelajari hadis-hadis Nabi saw ini dalam usaha kita untuk lebih mengenali dan mencintai Rasulallah saw. Sesungguhnya 'tiada ilmu tanpa usaha' dan 'tiadalah pula amal tanpa ilmu'.

Menurut Dr Aidh al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW ialah:

  • Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
  • Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
  • Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan.
  • Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW .
  • Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
  • Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda saw.

0 comments: