CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Cinta Seorang Suami


...lagi forwarded e-mail yang rasanya elok untuk dikongsi bersama. Teringat sebaris kata2 dalam drama bersiri Nur Kasih, "Apa yang ada dalam hati kita samada hitam atau putih, kita sendiri yang tentukan....."


he's one in a million....
Based on True Story..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kaki isterinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang... lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali ke empat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibu pun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Mereka turut melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA Maha Mendengar... .

12 comments:

Cikgu_Anie said...

Salam kak,
Smg suami kita pun mcm Pak Suyatno kan kak hehehe...kak..ada berita sedih anie nk kongsi dgn akak...doakan smg bapa mertua anie sihat walafiat...raya haji baru2 ni beliau dimasukkan ke wad kerana serangan darah tinggi dan kencing manis.. hari ni pun belum keluar wad lagi...harap2 beliau cepat sihat seperti sediakala...

fzi said...

Wsalam anie...
mudah-mudahan macam tulah...hehe
Apa2 pun harap kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat jalankan tugas harian dengan sempurna... InsyaAllah
Akak doakan FIL anie cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala... aminnn

sot said...

Begitulah hendaknya, kita mencintai dan mengasihi isteri atau suami kita kerana Allah. Jika kita menyayangi kerana kecantekan maka kecantekan akan luntur jua, yang muda akan menjadi tua, yg sihat akan sakit. Suami atau isteri kita itu adalah pinjaman dan amanah dari Allah kepada kita, yg Dia boleh tarik balik bila2 masa. Bukan hak mutlak kita. Percaya dan yakinlah. Orang beriman akan sentiasa di uji Allah, supaya kita terus kekal beriman dan tidak lara dgn tipu daya dan hiburan dunia.

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Semoga Allah mengurniakan hati yang ikhlas dan redha kepada kita semua.... Segalanya indah jika semuanya kerana Allah...

fzi said...

Pa,
kesimpulannya...dicintai dan menyintai semata2 kerana Allah...
moga kasih kita dalam rahmat Allah hendaknya...aminnn

fzi said...

Wsalam sofia...
lama tak berinteraksi thru meja komen ni ngan sofie...thx sofia sempat singgah blog akak ni... :))
Betul tu...kena ikhlaskan hati, ikhlaskan hati dan ikhlaskan hati...
redha dengan ketentuannya...kita sebagai hamba Allah hanya mampu menTAKBIR tapi yang menTAKDIRkannya hanyalah Allah swt...

Kunang-Kunang said...

Bertuahnya isteri mendapat suami yang begitu baik dan menyintainya masa sehat dan sakit.

Allah sajalah yang membalas segala pengorbanan dan kesabaran suami ini.

fzi said...

Kak ani...
Mudah-mudahan kita pun dikurniakan Allah rasa kasih yang sebegitu dalam kehidupan berumahtangga... InsyaAllah..

Minggu lepas saya dikunjungi seorang kakak angkat yang datang sekeluarga, ziarah. Banyak nasihat yang beliau bagi supaya saya sentiasa jaga kesihatan diri... kena sayangi diri sendiri, usaha rawat kalu rasa ada kurang kat memana, sakit kat memana.....
kita try ikhtiar buat yang terbaik, moga pasangan kita pun turut sama buat yang terbaik ...

Tapi apa2pun takleh nak lawan ketentuan Illahi kan kak ani...kita merancang..yang tentukan..Allah jua...
...pasti ada hikmah-Nya...

Tqah said...

moga tQah jgk dpt suami sebaik Pak Suyato...hihi..;)


smile for u sis.....
em...nk ty ni?

akak ni cikgu ya?

fzi said...

Tqah...
kalu ada rezeki tqah InsyaAllah dapat tuh... hehe... kalu tanya sume, mesti nak cik abang macam pak suyatno tu. Tapi dalam hidup ini, tak semestinya apa yang baik untuk orang lain, baik juga untuk kita. Sebaliknya yang tak baik untuk orang lain, mungkin baik untuk kita... wallahu'alam :)

ohh ramai gak yang ingat akak ni cikgu... takdelah tqah...cikgu kat anak2 je... :)

NaqHuHiNes said...

Salam, Fzi, kisah Pak Suyatno ni meruntun kalbu, membuat saya kagum. Apabila menelek diri sukar hendak membayangkan situasi ini terjadi. Sesungguhnya Allah menguji bersesuaian dengan kemampuan insan. Semoga Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak dapat kita menghadapinya.

fzi said...

Wsalam mazzuin...
betul tu... Allah maha mengasihani...hanya beri dugaan yang setakat kita mampu tanggung...Alhamdulillah..
Kisah pak suyatno ini turut menyentuh hati saya, betapa seorang insan ini mungkin satu dalam seribu yang sanggup berkorban lahir dan batin selama 25 tahun...