CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Mencari Lailatul-Qadar

Ada dialog antara 2 orang kawan:

Lelaki A: Malam Lailatul-Qadar tu jatuh pada 10 malam terakhir kan?


Lelaki B: Hah iya lah... 10 malam terakhir tu kita lebih2kan beramal, banyak duduk kat masjid lagi lah elok...

Lelaki A: Dalam 10 malam terakhir tuh, malam yang mana agak2 jatuhnya malam Lailatul-Qadar tu?


Lelaki B: Yang aku taulah... ianya jatuh pada malam2 ganjil kalu tak silap...


Lelaki A: Ohhh camtu.... agak2 malam ganjil yang mana ya...


Lelaki B: Boleh jadi jugak pada 27 Ramadhan...


Lelaki A: Ooooo..... waktu mana paling afdal kita nak beribadat pada malam 27 tuh?


Lelaki B:
Mmmm.... waktu paling baik nya biasalah... time lepas tengahmalam lah kot...dalam pukul 2 - 5 pagi gitu....

Lelaki A: Errr.... dalam 2 - 5 pagi tu, waktu mana agak2 kau paling afdal?



******


H
ahaha.... semua jemaah tergelak dengar sedutan dialog tersebut dalam slot tazkirah yang disampaikan ustaz malam tadi...

...ishk
...tengok tuh, berkiranya kita dalam nak beribadat pada Allah... nak cari masa yang betul2 tepat, nak tunggu masa yang betul2 ngam pulak dalam mencari Lailatul-Qadar nih... alahai...


Lailatul-Qadar itu adalah malam yang hikmahnya lebih baik dari seribu bulan...kalau kita congak2 seribu bulan tu kiranya lebih-kurang 84 tahun lah.... Ohh....jom kita sama2 mencari malam tersebut, kita hidupkan malam dengan bersungguh-sungguh, beribadat sambil mengharapkan keredhaan semata2 kerana Allah Taala...
aminn


Dari Aishah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Carilah lailatul-Qadar itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan -yakni malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29." (Riwayat Bukhari)