Antara syarat memelihara solat dan mendirikannya ialah menyempurnakan kesucian yang menyeluruh terhadap anggota badan, pakaian dan tempat solat. Di antaranya lagi ialah meratakan wudhu' ke merata anggota nya serta membuatnya tiga kali tanpa waswas atau membazir, sebab waswas dalam kesucian dan sembahyang itu adalah dari hasutan syaitan yang menyebabkan kita jadi keliru.
Memperbaharui wudhu' bagi setiap solat adalah sunnat, begitu pula dengan kekal berwudhu' pada setiap waktu adalah dituntut kerana yang demikian itu mengandungi berbagai manfaat.
Dari Usman bin Affan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'nya - yakni menyempurnakan sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya." (Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a pula bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasululllah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Yaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi - seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyakkan melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Allah." (Riwayat Muslim)
"Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu' lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu'nya, kemudian mengucapkan: "Asyhadu alla ilaha illallah wah dahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh", melainkan di bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya." (Riwayat Muslim)
Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga wudhu' kita bermula dari cuba menyempurnakannya sebaik mungkin dan cuba untuk sentiasa berada di dalam keadaan berwudhuk itu. Setelah selesai setiapkali berwudhuk, apa kata kita cuba pula istiqamah dalam melakukkan solat sunnat wudhu' 2 rakaat sebagai tambahan rutin setiap hari.
Betapa tertariknya hati ini takkala membaca hadis Rasulullah s.a.w. yang berikut:
Alangkah baiknya jika sama2 dapat mengamalkannya... Semua terpulang pada diri sendiri. Bak kata seorang professor dalam buku terbaru beliau yang sempat saya belek2 di 'Kedai buku Book Worm' malam tadi(sementara menunggu anak2 yang sibuk mencari barang2 stationary mereka)...iaitu "Kalau hendak seribu daya di mana jika ada kemahuan maka di situ akan adalah jalannya.. Tetapi jika tidak mahu, bermacam alasan boleh diberi".
Wallahu a'lam.
.jpg)

