CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Ambong Pelangi

"Kak Maya dalam fon tadi hantar sms, gayanya macam nak datang hari ni... takde apa nak hidang, elok jugak buat ambong", bisik hati kecil saya.

Ambong ini sebenarnya sejenis apam yang memang agak popular di negeri Kelantan. Rasanya kebanyakan orang Kelantan tahu bila sebut 'ambong'. Bahan-bahannya hanya terdiri dari tepung, telor dan gula je. Buatnya pun mudah. Selepas diputar laju kesemuanya, adunan langsung dimasak dengan cara kukus selama setengah jam.

Saya kadangkala buat kueh ini jika ada masa terluang untuk mempelbagaikan kueh2 frozen food kami. Kalau untuk dijual, saya biasanya kukus menggunakan loyang yang lebih kecil. Loyang kecil bulat bersaiz 7'' ini sesuai untuk ambong berharga rm5 yang seragam dengan harga kueh2 frozen food kami yang lain seperti donat, karipap, pau kaya, pau kacang dan roti goreng. Untuk tujuan promosi, nama 'Ambong Pelangi' dipilih sebagai nama kueh selari dengan penampilannya yang berwarna-warni seperti pelangi....hehehe

Uniknya ambong frozen ini, di samping rasanya yang enak ia juga amat senang untuk disediakan. Selepas dikeluarkan dari freezer, dikukus selama 8 - 10 minit sahaja dah boleh terus dihidangkan. Amat sesuai untuk hidangan minum petang dan meraikan tetamu.

Hari ini, sempat buat kek coklat 1kg yang Ida isteri En Harun order dan donat 4 paket di samping Ambong Pelangi 3 biji. Jadi banyak juga le benda yang accomplished walaupun petang ni dah janji dengan anak-anak nak keluar cari barang-barang sekolah. Sambil keluar nanti, boleh lah terus hantar kek coklat Ida sekali.

"Kak Maya ni, jadi ke tidak datang ni???", getus hati kecil saya lagi. Bimbang nanti clash dengan time kitaorang nak keluar, marah la pula budak2 tu nanti kalau tak jadi.

Silaturrahim

Dalam melayari kehidupan di dunia yang singkat ini, kita tentunya akan bertemu dengan bermacam telatah dan ragam manusia. Dari pandangan mata kasar, seseorang yang kita kagumi misalnya sudah pasti dalam firasat kita memiliki personaliti yang baik, mantap dan sempurna. Namun bila kita kebetulan berdepan secara dekat atau berpeluang berkenal-kenalan antara satu sama lain, perkara yang sebaliknya mungkin boleh berlaku. Yang disangka perfect tadi rupanya tidaklah sehebat mana bagi kita tapi mungkin saja sempurna bagi orang lain.

Persepsi setiap individu adalah berbeza. Semua terpulang pada diri masing2. Kita bebas nak anggap orang tu bagus atau tak bagus, sempurna atau sebaliknya. Namun yang pasti sebelum membuat pelbagai andaian, pastikan dulu adakah perasaan kita terhadapnya neutral. 'Kosong-kosong' kata orang. Jangan awal-awal lagi dah siap-siap berfikiran negatif bila melihat tingkah-laku seseorang yang tidak menepati kehendak kita. Mulakan dengan berbaik sangka.

Dalam kita bersilaturrahim antara sahabat, keluarga, ipar-duai, jiran tetangga dan sebagainya, ada masanya kita merasa tertekan dengan berbagai kerenah dan percakapan ketika masing-masing bersua muka. Dalam ramai-ramai mesti ada seorang dua yang memang kaki mengutuk atau kaki mengata. Kerja hanya suka meresahkan orang. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, suka cakap lepas. Tak kira bagaimana perasaan orang yang mendengarnya samada terhiris atau terluka. Wajah tak pernah nak tunjuk manis. Cengeng memanjang. Keburukan orang lain saja yang nampak malahan dicari tanpa mengingat keburukan yang mungkin saja ada pada diri sendiri. Susah juga kalau kita ni hidup asyik nak mencari silap orang, sedangkan mungkin ada terselit kebaikan dalam diri seseorang itu tapi yang sentiasa nampak keburukannya saja.

Saya pernah terbaca satu pepatah... "bila kita memandang sehelai kertas putih yang ada satu titik dakwat hitam, yang kita nampak sudah tentu titik hitam itu saja. Kita dah tak kisah tentang kertas yang berwarna putih itu, yang kita nampak dan ambil kira hanya titik hitam itu saja". (Perumpamaan pepatah ini ada saya gunakan ketika menasihati anak saya yang kadang-kala merungut tentang sikap seorang dua kawannya yang sering cari pasal di sekolah...biasalah tu anakku, adat berkawan...)

Rasa riak dan sombong tidak ke mana sebenarnya. Kesudahannya hanya akan memberi padah pada diri sendiri. Beruntunglah jika kita dikurniakan Allah seorang 'kepala keluarga' yang baik dan mampu mendidik dan mengajak kita menjadi insan yang InsyaAllah lebih baik dari masa ke semasa. Sebaliknya, malanglah jika kebetulan seseorang yang ternyata kurang baik perilaku dan akhlaknya kemudian mendapat jodoh dengan suami yang satu kepala pula dengannya. Jadi makin terbabas lah perilaku yang sedia ada. Orang sebegini biasanya hanya menganggap dirinya saja yang sempurna dan tiada cacat-cela.

Sesungguhnya manusia memang dijadikan lemah. Kita sebagai hamba Allah memang tidak sempurna 100%. Ada baik dan ada buruknya. Namun hakikatnya kita tidak boleh mengenepikan kewajipan untuk terus cuba memperbaiki kelemahan yang ada. Mesti usaha melawan segala rasa hasad, dengki, irihati, buruk-sangka dan segala bentuk sifat mazmumah. Jika itu tercapai barulah akan terbit keluhuran hati dalam bersilaturrahim, rasa cinta, kasih-sayang dan kekeluargaan. Nawaitunya hanyalah semata-mata untuk meraih keredhaan Allah Taala.

Abu Zar r.a, katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda kepada saya:
"Janganlah engkau menghinakan sesuatupun dari amal kebaikan - yakni sekalipun tampak kecil, janganlah tidak dilakukan, meskipun andaikata engkau bertemu saudaramu dengan menunjukkan wajah manis," - atau berseri-seri tanda bersuka cita ketika bertemu itu.
(Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah memuliakan tamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah mempereratkan hubungan kekeluargaannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah mengucapkan yang baik ataupun berdiam diri saja - kalau tidak dapat mengucapkan yang baik." (Muttafaq 'alaih)



Yang tersurat... yang tersirat

Sepanjang 5 hari balik beraya haji di Kelantan, sempat singgah di Pasar Buluh Kubu yang sekarang lebih di kenali dengan nama Pasar Siti Khadijah. Kebetulan banyak nak cari barang-barang dapur yang terputus bekalan. Sambal daging tempatan yang sekarang naik harga sampai rm45 per kg di gerai Mak Su di tingkat 2, tidak dapat tidak mesti dicari. Begitu juga dengan cili besar hijau untuk buat Solok Lada faveret suami dan anak2. Budu cap Lazzah, air pencicah cap Merak, rempah kari, rempah kerutuk, ikan masin, manisan kampung, kerepek2 Kampong Laut, dodol pandan dan juga tapai dah jadi semacam barang rutin dalam senarai. Kebanyakannya memang tak dapat cari di KL, kalau adapun harganya dah jadi berganda-ganda.

Suami sempat rakamkan beberapa snapshot semasa pusing-pusing last minute di sekitar pasar sebelum kami bertolak balik KL petang Khamis tu.

Yang jelas, apa yang tersurat dapat menceritakan dengan sendirinya apa yang tersirat... Paparan2 ini rasanya dapat gambarkan rasa hati saya yang sentiasa looking forward untuk singgah ke pasar besar ini setiap-kali balik kampung...hehehe