CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Ambong Pelangi

"Kak Maya dalam fon tadi hantar sms, gayanya macam nak datang hari ni... takde apa nak hidang, elok jugak buat ambong", bisik hati kecil saya.

Ambong ini sebenarnya sejenis apam yang memang agak popular di negeri Kelantan. Rasanya kebanyakan orang Kelantan tahu bila sebut 'ambong'. Bahan-bahannya hanya terdiri dari tepung, telor dan gula je. Buatnya pun mudah. Selepas diputar laju kesemuanya, adunan langsung dimasak dengan cara kukus selama setengah jam.

Saya kadangkala buat kueh ini jika ada masa terluang untuk mempelbagaikan kueh2 frozen food kami. Kalau untuk dijual, saya biasanya kukus menggunakan loyang yang lebih kecil. Loyang kecil bulat bersaiz 7'' ini sesuai untuk ambong berharga rm5 yang seragam dengan harga kueh2 frozen food kami yang lain seperti donat, karipap, pau kaya, pau kacang dan roti goreng. Untuk tujuan promosi, nama 'Ambong Pelangi' dipilih sebagai nama kueh selari dengan penampilannya yang berwarna-warni seperti pelangi....hehehe

Uniknya ambong frozen ini, di samping rasanya yang enak ia juga amat senang untuk disediakan. Selepas dikeluarkan dari freezer, dikukus selama 8 - 10 minit sahaja dah boleh terus dihidangkan. Amat sesuai untuk hidangan minum petang dan meraikan tetamu.

Hari ini, sempat buat kek coklat 1kg yang Ida isteri En Harun order dan donat 4 paket di samping Ambong Pelangi 3 biji. Jadi banyak juga le benda yang accomplished walaupun petang ni dah janji dengan anak-anak nak keluar cari barang-barang sekolah. Sambil keluar nanti, boleh lah terus hantar kek coklat Ida sekali.

"Kak Maya ni, jadi ke tidak datang ni???", getus hati kecil saya lagi. Bimbang nanti clash dengan time kitaorang nak keluar, marah la pula budak2 tu nanti kalau tak jadi.